web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sah, Noraini Kekal Ketua Wanita

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 9:50AM

Kemenangan Noraini diumumkannya sendiri menerusi satu hantaran di Facebook pagi ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad mengesahkan bahawa portfolio Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kekal dalam genggamannya, selepas secara rasmi menewaskan pencabar, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Perkara itu diumumkannya sendiri menerusi satu hantaran di Facebook pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua jentera Wanita di seluruh negara.

“Alhamdullillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita UMNO di seluruh negara serta sahabat #SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

“Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Difahamkan, Noraini memperoleh 106 undi daripada keseluruhan 189 bahagian di seluruh negara.

Getaran awal pagi tadi yang memetik keputusan tidak rasmi melaporkan, Noraini berjaya mengetepikan Shahrizat, dalam satu pertandingan sengit.

Kemenangan itu meranapkan impian Shahrizat yang mahu kembali ke arena politik, berbekalkan visi membawa suara akar umbi dan melakar perubahan dalam parti, seperti dilaungkan.

Shahrizat yang juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Wanita pada pemilihan parti 2018.

Pemilihan pada tahun tersebut menyaksikan Noraini dijulang sebagai ketua baharu, selepas menewaskan dua pesaing, Datuk Azizah Mohd Dun dan mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Menerusi keputusan tidak rasmi setakat jam 1.45 pagi tadi,  Dr Muhamad Akmal, 32, jauh mengatasi tiga pencabarnya terdiri daripada Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Meor Hassan Mat Ali. - Getaran, 12 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global