web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 10:48AM

Mohd Shafie berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan WARISAN di Sabah. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Parti Warisan (WARISAN) memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di Semenanjung Malaysia membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan WARISAN di Sabah.

“Saya sudah maklumkan, kita ada satu orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sana (ADUN Teratai Bryan Lai Wai Chong), saya dah nasihat mereka bantu dan jangan bertanding, mereka terima dengan baik.

“Saya juga ada berjumpa dengan Ong Tee Keat di Kuala Lumpur, dia (sebelum ini) bertanding di Parlimen Pandan, saya juga nasihat dan setakat ini sehingga PRN akan datang WARISAN tidak akan bertanding,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pemimpin bersama rakyat di sini semalam.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata enam negeri tersebut sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, WARISAN bertanding di keseluruhan 52 kerusi Parlimen seluruh negara iaitu 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala selebihnya kerusi Parlimen di Semenanjung.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata WARISAN akan melihat dan mempertimbangkan parti yang mahu bekerjasama untuk PRN di Sabah yang akan datang.

“Kita akan timbang, saya tidak mahu pula nanti esok bukan YB (Yang Berhormat) saja melompat (parti), tengok-tengok kita sudah bantu parti itu, dia ada 10 kerusi, tiba-tiba parti sekali melompat, ini yang perlu diperhalusi,” katanya.

Beliau berharap kerajaan negeri membawa usul berkenaan rang undang-undang antilompat parti ke persidangan DUN Sabah untuk dibentangkan dan diluluskan, supaya dapat mewujudkan satu undang-undang yang memberi pengajaran kepada, bukan sahaja wakil rakyat melompat, tetapi pihak yang menerima ‘si pelompat’.

“Kalau sekiranya kerajaan negeri tidak ada keupayaan untuk bentang rang undang-undang (antilompat), saya punya undang-undang persendirian sudah siap untuk kita bentang di dewan dan kita minta supaya semua beri sokongan,” katanya.

Mohd Shafie berkata perkara itu penting bagi menghentikan segala budaya termasuk lompat parti yang mengganggu kestabilan keadaan politik di Sabah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

3

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

4

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad