web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wan Rosdy Dahului Naib Presiden, Penampilan Sulung Tengku Zafrul Buahkan Hasil

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 10:14AM

Setakat jam 10 pagi ini, Wan Rosdy Wan Ismail memperoleh undi dari 117 bahagian, diikuti Mohamed Khaled Nordin yang meraih sokongan 106 bahagian - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri  Wan Rosdy Wan Ismail kekal mendahului bagi jawatan Naib Presiden UMNO, setakat jam 10 pagi ini. 

Tinjauan keputusan terkini di laman web UMNO Online mendapati, Wan Rosdy memperoleh undi dari 117 bahagian, diikuti Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meraih sokongan 106 bahagian. 

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula berada di kedudukan ketiga dengan 96 undi. 

Ini adalah cubaan kali pertama buat Wan Rosdy dan Johari, manakala Khaled adalah penyandang bagi portfolio itu.

Johari Abdul Ghani berada di kedudukan ketiga dengan 96 undi - Gambar Fail
Johari Abdul Ghani berada di kedudukan ketiga dengan 96 undi - Gambar Fail

Dua slot jawatan berkenaan sebelum ini dipegang mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Turut bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden ialah Ahli Parlimen Pengerang yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Hasni Mohamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Dr Mohd Yusof Musa.

Bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, penampilan sulung Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz nyata membuahkan hasil apabila muncul sebagai antara lima pemimpin terawal yang menempah tempat daripada 25 kerusi MKT dipertandingkan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz muncul sebagai antara lima pemimpin terawal yang menempah tempat daripada 25 kerusi MKT dipertandingkan - Gambar Fail
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz muncul sebagai antara lima pemimpin terawal yang menempah tempat daripada 25 kerusi MKT dipertandingkan - Gambar Fail

Beliau yang berada di tempat ketiga memperoleh undi dari 130 bahagian untuk berada di belakang Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dengan 134 undi bahagian.

Mengekori rapat Shamsul Anuar ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang memperoleh 131 undi dari bahagian.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkongsi kedudukan apabila masing-masing meraih 124 undi. - Getaran, 19 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka