web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Tolak Permohonan PEJUANG, ‘Keputusan Itu Amat Mendukacitakan…’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 6:57PM

Hamzah Zainudin - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) untuk menjadi sebahagian parti komponennya.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung semalam.

“Majlis Tertinggi membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti PEJUANG ke PN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau dan semua wakil parti PN.

Terdahulu, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, pihaknya sudah mengutuskan surat kepada Muhyiddin selaku Pengerusi PN supaya partinya diterima sebagai anggota komponen PN.

Beliau dilaporkan berkata, pertimbangan dibuat selepas pihaknya mendapati tidak memadai kerjasama pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang ditandingi, terutama ketika perlu menggunakan lambang berasingan oleh kedua-dua parti.

Dalam perkembangan berasingan, Hamzah berkata, Majlis Tertinggi turut membuat ketetapan untuk mengekalkan penggunaan lambang PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan dan menggunakan lambang PAS di Kelantan serta Terengganu.

“Justeru, jentera pilihan raya di enam negeri tersebut diarahkan agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan pada tahap tertinggi,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan Majlis Tertinggi turut mengumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN manakala Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Wilayah Persekutuan.

Turut diputuskan pelantikan Mohamad Siddiq Mohd Azani dan Muhd Khidir Izaidin sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif PN.  

Sementara itu, Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah meluahkan kekecewaan mengenai keputusan Majlis Tertinggi PN menolak permohonan parti tersebut.

Katanya, keputusan itu amat mendukacitakan kerana iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan PN.

Bagaimanapun, beliau berkata, PEJUANG akan sentiasa kekal dalam arena politik negara untuk mempertahan Rule of Law dan membawa amanat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

“Oleh itu, PEJUANG akan terus menggerakkan jentera di kawasan tertentu untuk bersiap sedia menghadapi PRN akan datang,” katanya. – Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

2

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

4

Politik 11 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang