web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Mar 2023 9:00AM

Ahmad Zahid berkata ia adalah selaras dengan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam, di sini semalam, beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia adalah selaras dengan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Insya-Allah di negeri Melaka belum terbentuk kerajaan (perpaduan yang) MADANI… tapi ke arah itu di Melaka,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata perubahan landskap politik negara itu juga akan dapat disaksikan di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pada PRN Negeri Melaka pada Nov 2021, BN berjaya memperoleh majoriti lebih dua pertiga dengan menguasai 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ketika ini, Melaka ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan BN.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, turut menyampaikan sumbangan kepada lapan buah pusat tahfiz berserta duit raya.

Selain itu, beliau turut menyempurnakan penyampaian geran daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM60,000 kepada lima penerima. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global