web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lidah Bercabang Pemimpin PN Berbahaya, Muhyiddin Semakin Berani Main Politik Kotor

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 7:00AM

Muhyiddin Yassin dilihat semakin berani bermain politik kotor demi secebis undi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sikap lidah bercabang dimiliki pemimpin Perikatan Nasional jelas berbahaya untuk keselamatan, kedaulatan dan maruah negara. 

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat semakin berani bermain politik kotor demi secebis undi.

Menurut beliau, mantan Perdana Menteri itu sanggup memperjudikan keselamatan negara, memalukan nama baik Malaysia serta melakukan sabotaj ke atas hubungan dua hala bersama China, sekali gus menjejaskan usaha ASEAN untuk mengekalkan keamanan serantau. 

“Muhyiddin telah mengutuk kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen yang menjelaskan isu tuntutan bertindih dengan China di Laut China Selatan. 

“Apa yang Muhyiddin lakukan ialah memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Anwar dalam usaha PN memburukkan imej Perdana Menteri, sedangkan apa yang diburukkan dan dihina oleh Muhyiddin ialah kedaulatan Malaysia,” katanya.

Howard Lee - Gambar oleh Alif Omar
Howard Lee - Gambar oleh Alif Omar

Lee berkata, bahasa diplomatik amat penting untuk memastikan hubungan harmoni dikekalkan, khususnya apabila berhadapan kuasa besar.

Muhyiddin selaku mantan Perdana Menteri katanya, pasti arif mengenai aspek itu, selari dengan pengalaman luas dimiliki dalam arena politik.

“Tentu beliau faham apa yang dimaksudkan dengan bahasa diplomatik, terutamanya apabila kita berhadapan dengan Amerika Syarikat dan China, yang kedua-duanya hadir di rantau ASEAN termasuk Laut China Selatan.

“Saya tidak tahu sama ada Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh kerana sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya tahu bahawa dalam perihal hubungan antarabangsa, ia melibatkan urus tadbir, pertemuan, dan timbang tara untuk menyelesaikan, atau setidak-tidaknya mengendurkan ketegangan dalam sesuatu isu, termasuk tuntutan bertindih di Laut China Selatan,” katanya, sinis.

Tambah Lee, Muhyiddin malangnya hanya berani mengeluarkan kenyataan dalam Facebook tetapi bacul untuk berhadapan dengan Perdana Menteri di Parlimen. 

“Muhyiddin juga antara Ahli Parlimen yang kerap ponteng Parlimen,” katanya.

Beliau menarik perhatian, BERSATU pimpinan Muhyiddin juga telah mencapai kata sepakat dengan kerajaan China, hasil daripada rundingan bersama. 

“Kenapa ketika itu Muhyiddin tidak mengutuk dirinya sebagai cuai atau menggadai maruah dan kedaulatan Malaysia?

“Tidak cukup dengan itu, pada zaman Barisan Nasional pada tahun 2013, ketika Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak berani mengutuk  Datuk Seri Najib Razak apabila mantan Perdana Menteri itu bersetuju berunding dengan Beijing yang turut mengemukakan tuntutan terhadap Laut Cina Selatan,” jelasnya.

Tegas Lee, rundingan adalah aspek penting dalam sebarang hubungan antarabangsa.

Proses tersebut katanya lagi, adalah sebahagian daripada proses urus tadbir kerajaan dan serantau dalam menegakkan keamanan serta menjaga kedaulatan negara. 

“Apabila kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Anwar bersedia untuk berunding, apakah Muhyiddin mahu Malaysia bersikap biadab dengan maki-hamun atau mahu mengugut kuasa besar? 

“Lupakah Muhyiddin dengan pendirian dan keputusannya sewaktu beliau sendiri menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Apakah kerana gila kuasa, maruah dan kedaulatan negara mahu digadaikannya,” selarnya.

Rakyat tambah Lee, amat berbangga dengan dua tarikh penting negara, iaitu Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan Hari Malaysia pada 16 September 1963 kerana kedua-duanya dicapai melalui rundingan tanpa pertumpahan darah. 

“Inilah kekuatan kita sebagai negara pendamai, dan usaha inilah yang akan kita teruskan. Kita tidak mahu menjadi Pak Kaduk yang menang sorak kampung tergadai semata-mata gila mahu menang pilihan raya.

“Kalau boleh bersahabat, mengapa perlu bermusuh. Inilah pegangan Kerajaan Perpaduan,” ujarnya. - Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang