web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahu Negara Maju Dan Harmoni? Sila Tolak PAS - Mohammad Agus

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 3:12PM

Mohammad Agus Yusoff - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran politik PAS yang berorientasi kebencian dan retorik agama perlu ditolak, jika rakyat mahu negara menjadi lebih maju dan harmoni.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, keamanan dan kestabilan adalah elemen yang penting untuk membentuk kesejahteraan dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, hala tuju PAS yang dahulunya setia memperjuangkan keadilan Islam dan sosial sudah jauh berubah.

“PAS sudah berubah total. Perjuangannya penuh dengan retorik agama, dan memperkudakan agama untuk mendapatkan kuasa.

“Nampak kegelojohan PAS memanipulasikan Islam untuk memburu kekuasaan. Sebarang perbezaan pendapat dengan pandangannya akan diserang secara berjemaah,” katanya, kesal.

Mohammad Agus menyatakan demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas beliau, serangan diterima sama sekali tidak berlandaskan fakta, sebaliknya penuh dengan emosi, tanpa adab dan akhlak seorang Islam.

“Kita akan diberikan pelbagai gelaran jelik. Karakter kita dicemarkan. Kekuatan mental kita dilumpuhkan. Kita dituduh menolak Islam,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Mohammad Agus turut melahirkan rasa pelik melihat ideologi parti itu yang sering berubah sewenang-wenangnya tanpa berpegang kepada prinsip sebenar perjuangan mereka.

Tambah menghairankan jelas beliau, parti tersebut berjaya melahirkan pentaksub dari kalangan profesional dan golongan bijak pandai.

“Tidak cukup dengan agama, PAS turut memperjuangkan isu kaum dan bangsa yang dahulunya mereka katakan assabiyah yang perlu ditolak.

“Pelik sungguh PAS ini, hukumnya berubah cepat. Lebih pelik lagi pengikutnya dan pentaksubnya ada dalam kalangan profesional dan cerdik pandai,” katanya.

Mengakui dibesarkan dalam keluarga PAS, Mohammad Agus mendedahkan beliau setia menyokong parti itu sehingga meningkat dewasa walaupun tidak pernah bergelar ahli.

“Saya dibesarkan dalam keluarga PAS. Sehingga umur dewasa, saya masih menyokong PAS biarpun bukan ahli PAS. Asas ketertarikan saya mudah, PAS memperjuangkan keadilan Islam dan keadilan sosial.

“PAS dahulu dan sekarang banyak berbeza. Dahulu PAS pertahankan kebenaran, kini PAS perlekehkan kebenaran. Saya timbulkan isu air, sampah dan jalan sempit di Kelantan, penyokong PAS nafikan dengan pelbagai cemuhan. Menakjubkan, mereka bahagia dengan kekurangan yang ada asalkan PAS perjuangkan Islam,” katanya.

Serentak dengan perubahan ketara parti itu, Mohammad Agus memberitahu, beliau tidak lagi selesa dengan aliran dibawa PAS ketika ini.

“Bagi penyokong PAS, hanya mereka sahaja yang perjuangkan Islam. Bagi saya, ini wajah PAS yang jumud dan keliru.

“Saya sungguh tidak selesa dengan politik PAS sekarang. Kita tegur dan kritik, dianggap sesat dan jahat. Dahulu PAS lihat rasuah itu jijik, kini PAS lihat rasuah itu derma. Politik PAS tidak ada lagi kasih sayang. Yang ada hanyalah kebencian bagi mereka yang berbeza dengannya.

“Menyokong PAS mereka janjikan syurga dan menentang PAS mereka ugut dengan neraka,” katanya. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 9 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi