web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Dakwaan Itu Palsu, Sekali Baca Pun Boleh Nampak Salah Format…’ – Fahmi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 3:17PM

Fahmi Fadzil berkata, kenyataan media itu adalah rekaan pihak yang membenci Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kenyataan media didakwa dikeluarkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar berhubung bantahan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Himpunan MADANI Kedah adalah palsu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan media itu adalah rekaan pihak yang membenci Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau meminta orang ramai tidak terpedaya dengan dakwaan itu yang disebarkan akaun Telegram, ‘Edisi Siasat’.

“Harap maklum, akaun Telegram bernama ‘Edisi Siasat’ ini sebar info palsu. Jangan terpedaya.

“Sekali baca pun boleh nampak ‘kenyataan media’ ini salah format dan direka-reka pihak yang benci Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menyertakan kenyataan media itu dengan meletakkan perkataan ‘palsu’.

Menerusi kenyataan media tular bertajuk ‘Bantahan Kehadiran Zahid Hamidi Sepentas Dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim’ itu, AMK Alor Setar kononnya mendakwa kecewa selepas tidak dimaklumkan mengenai kehadiran Ahmad Zahid untuk memberi ucapan sepentas bersama Perdana Menteri.

Fahmi turut menyertakan pautan berita memaparkan kenyataan Ketua AMK Kedah, Dr Taufiq Johari mengenai dakwaan tidak benar terbabit.

Dr Taufiq berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media seperti didakwa itu, malah sudah membuat penafian mengenainya di akaun rasmi sayap parti berkenaan.

“Tidak benar kenyataan itu, official AMK sudah buat kenyataan yang mana kita pun tak tahu dari mana sumber terbabit.

“Saya juga sudah mendapatkan pengesahan daripada Ketua AMK Alor Setar dan mereka juga menafikan kenyataan itu,” katanya.

Himpunan MADANI Kedah 2023 yang berlangsung di Dataran Stargate Alor Setar kelmarin, menyaksikan kehadiran Anwar, kepimpinan kanan kerajaan dan parti, termasuk beberapa Menteri Kabinet, antaranya Ahmad Zahid; Fahmi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Acara julung kali diadakah itu bertujuan menerapkan masyarakat mengenai konsep MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, selain memberi peluang kepada pengunjung berinteraksi dengan pemimpin sebelum serta selepas sesi pidato berlangsung. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini