web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangkang Patut Cabar Anwar, Buktikan Mampu Baiki Kedudukan Dalam CPI TI 2023

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 7:00AM

Pemimpin utama pembangkang itu seharusnya berfikir lebih jauh, dan mencabar Anwar membuktikan kemampuannya dengan memperbaiki kedudukan negara pada CPI TI. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan pembangkang seharusnya mencabar Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk untuk merekodkan lonjakan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi tahun ini.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, adalah lebih afdal Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan itu, berbanding hanya membangkitkan isu yang remeh temeh.

Menurut beliau, kedua-dua pemimpin utama blok pembangkang itu seharusnya berfikir lebih jauh, dan mencabar Anwar membuktikan kemampuannya dengan memperbaiki kedudukan negara pada CPI TI, selepas berhasil menunjukkan peningkatan dalam Carta Kebebasan Akhbar RSF 2023.

“Sekiranya saya Muhyiddin Yassin atau Hadi Awang, saya akan minta Ketua Pembangkang, (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin membawa satu usul dalam sidang Parlimen selama tiga minggu yang bakal bermula pada 22 Mei.

“Usul itu adalah untuk memuji peningkatan 40 anak tangga yang dicatatkan negara dalam Carta Kebebasan Akhbar RSF 2023, apabila kedudukan negara kita melonjak dari tempat ke-113 kepada tangga ke-73,” katanya.

Jelas Kit Siang, pembangkang seharusnya mencabar Anwar mengangkat kedudukan negara dari tangga ke-61 pada CPI TI 2022 kepada tempat ke-21 dalam CPI TI tahun ini.

“Muhyiddin dan Hadi juga sepatutnya meminta Hamzah membawa usul sokongan terhadap aspirasi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Sultan-Sultan untuk  kestabilan politik dan perpaduan nasional dalam negara.

“Usul itu juga untuk menyokong wawasan untuk Malaysia mencapai status negara maju dan memenuhi sembilan matlamat strategik Wawasan 2020 menjelang penghujung penggal lima tahun Kerajaan Perpaduan Anwar pada tahun 2027.

Mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Malaysia bakal ketinggalan di belakang negara lain menjelang penghujung dekad, sekiranya usaha meningkatkan kedudukan dalam CPI TI tidak dilakukan.

Tegas beliau, Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan yang baik sejak penerbitan CPI TI buat kali pertama pada 1995.

“Pada tahun itu, negara ketinggalan di belakang Denmark serta Singapura yang menduduki kelompok 10 terbaik.

“Sejak itu, Malaysia dipintas oleh lima negara yang sebelum ini berada di bawah kita dalam CPI TI 1995 iaitu Taiwan, Korea Selatan, Sepanyol, Itali dan Greece,” katanya.

Kit Siang memberitahu, Malaysia turut ketinggalan di belakang negara seperti Rwanda, Arab Saudi, Croatia, Mauritius, Vanuatu, dan berada di kedudukan yang sama dengan Jordan.

“Indonesia malah menunjukkan perkembangan yang baik dengan markah 34/100 untuk tahun lalu, sedangkan Malaysia pula mencatatkan mata yang lebih buruk dengan hanya 47/100.

“Adakah kita hanya menunggu masa sahaja sebelum Indonesia memintas kedudukan Malaysia dan menunjukkan kepada seluruh dunia yang Indonesia lebih bersih dan kurang bermasalah rasuah berbanding Malaysia?

“Dalam CPI TI 1995, Malaysia berada di tempat ke-23 dari 41 buah negara yang ditinjau, manakala India berada di tempat ke-35, China di tempat ke-41, dan Indonesia di tempat ke-41, yang terakhir dalam senarai,” katanya.

Beliau menarik perhatian, China berada di tempat ke-65, India 86, dan Indonesia pula menempah kedudukan ke-110 dengan markah 34/100.

“Adakah Malaysia akhirnya akan ditinggalkan di belakang China, India, dan Indonesia sebelum ulang tahun ke-100 negara kita pada tahun 2057,” katanya.

Kit Siang mengulas lanjut, Malaysia jika dibandingkan dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah ketinggalan di belakang Emiriah Arab Bersatu, Qatar, dan Arab Saudi. 

Negara jelas beliau lagi, bakal ditinggalkan di belakang lebih banyak negara OIC sekiranya terus menunjukkan prestasi yang tidak baik.

“Bolehkah CPI TI 2023 menghentikan kemerosotan Malaysia dalam CPI TI dan menjadi permulaan untuk menjadi antara negara terbaik dunia dalam integriti awam?

“Bolehkah semangat disemai dalam jiwa rakyat Malaysia untuk menegakkan nilai moral dan etika, dengan perasaan hormat terhadap nilai keagamaan dan spiritual seperti yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi