web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Mampu Bertahan, Jerebu Politik Perlu Dihapuskan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 8:49PM

Lim Kit Siang berkata langkah Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar yang telah memulakan proses untuk menambah baik pelbagai institusi serta dasar berupaya menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu bertahan sepenggal penuh atau lima tahun, dan memulakan proses untuk menambah baik pelbagai institusi serta dasar.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, langkah itu berupaya menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia, sekali gus memenuhi aspirasi barisan tokoh kemerdekaan negara.

Menurut beliau, Malaysia buat masa ini berhadapan dengan dua jenis jerebu meliputi alam sekitar dan politik.

Lim Kit Siang - Gambar fail
Lim Kit Siang - Gambar fail

“Malaysia buat masa ini berhadapan dengan dua masalah jerebu iaitu disebabkan kebakaran hutan di Indonesia dan politik, mengenai keraguan sama ada Kerajaan Perpaduan Anwar mampu bertahan selama lima tahun (atau tidak).

“Adakah aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman (Putra Al Haj) untuk Malaysia menjadi sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu, satu perkara yang mustahil untuk dicapai,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas melawat pameran Greenpeace mengenai isu jerebu di tapak pawagam Rex di Jalan Sultan, di sini bersama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Kit Siang memberitahu, lawatan tersebut mengingatkan beliau kepada dua perkara iaitu kawasan di sekitar Rex adalah kawasan beliau memulakan kerja politik pada tahun enam puluhan setengah abad yang lepas, ketika hanya memiliki beberapa penyokong.

“Hanya golongan pemuda dengan idealisme dan komitmen yang bersedia untuk meninggalkan kehidupan yang selesa dan menumpukan usaha mereka kepada perjuangan politik untuk sebuah Malaysia yang lebih baik, dengan menampal poster dan menggerakkan sokongan orang ramai untuk perjuangan mereka.

“Kedua, jerebu ini bukanlah satu masalah baharu, memandangkan kenyataan pertama saya mengenai jerebu mungkin dikeluarkan pada awal tahun sembilan puluhan. Selepas lebih dari tiga dekad, masalah pencemaran alam sekitar dengan jerebu ini masih membelenggu Malaysia dan ASEAN,” katanya.

Tegas beliau, perkara ini menjadi bukti yang menunjukkan negara perlu memiliki stamina, keazaman dan idealisme jangka panjang untuk mempercayai Malaysia boleh menjadi rumah lebih baik untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan.

Jelasnya, ia mengambil kira pengabaian sembilan matlamat strategik Wawasan 2020 dan penekanan pada konsep Proklamasi Melayu yang menjadi buah fikiran utama hari ini.

“Inilah pengajaran yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia, terutamanya selepas konspirasi politik 

Langkah Sheraton menamatkan kerajaan Pakatan Harapan selepas hanya 22 bulan, menamatkan harapan dan aspirasi ramai rakyat Malaysia supaya negara kita dapat berubah menjadi lebih baik melalui proses demokrasi, dengan menjangkakan perubahan untuk berlaku dalam masa beberapa bulan atau tahun.

“Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng telah membuat laporan polis baru-baru ini terhadap Presiden PAS, (Tan Sri) Abdul Hadi Awang mengenai kenyataannya yang antara lain, mendakwa orang Melayu sedang ditipu secara terang-terangan.

Dalam laporan polisnya jelas Kit Siang, Lip Eng menggesa pihak berkuasa menyiasat Presiden PAS ini di bawah pelbagai peruntukan undang-undang, meliputi jenayah fitnah, penghinaan dengan tujuan menggugat ketenteraman awam, kenyataan yang boleh membawa kepada kerosakan awam, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

Abdul Hadi Awang - Gambar fail
Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Mengulas lanjut beliau berkata, Abdul Hadi telah mengulangi seruan supaya orang Melayu bersatu dengan mengatakan yang kaum tersebut sedang ditipu.

Katanya, Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa orang Melayu telah kehilangan kuasa politik dan sedang ditipu akibat kelekaan mereka sendiri.

“Hadi juga menempelak orang Melayu yang bekerja dengan orang bukan Islam yang didakwanya sebagai ‘perompak terbesar.

“Inilah jerebu politik yang perlu dihapuskan tanpa merendah-rendahkan hak mana-mana parti untuk ke Parlimen dan membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menarik perhatian, semua usaha perlu ditumpukan untuk memastikan kestabilan politik di Malaysia, agar semua lapisan masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama dan budaya  bersatu-padu.

“Adakah PAS dan BERSATU daripada Perikatan Nasional (PN) bersetuju yang Malaysia patut menjadi negara contoh dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara kaum, agama, budaya dan tamadun kepada seluruh dunia,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2023











 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'