web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dewan Merdeka Tak Perlu Drama Air Mata - Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 4:53PM

Mohd Puad Zarkashi (tiga dari kiri) berkata Konvesyen Kerajaan Perpaduan yang berlangsung hari ini tidak perlu menjadi seperti Perhimpunan Penyatuan Ummah 2019. - Gambar dari Facebook DrPuad Zarkashi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini tidak perlu diselubungi drama air mata, hanya untuk membuktikan keikhlasan dalam jalinan kerjasama yang dimeterai.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Konvesyen Kerajaan Perpaduan yang berlangsung hari ini tidak perlu menjadi seperti Perhimpunan Penyatuan Ummah 2019.

Menurut beliau, perhimpunan berkenaan pada waktu itu dibasahi air mata, apabila Piagam Penyatuan Ummah UMNO-PAS dimeterai.

“Diharap konvensyen ini pembuka jalan mencari keserasian, kejujuran kesepakatan dan hala tuju.

“Kerajaan Perpaduan adalah pengalaman baharu politik Malaysia setelah buntu membentuk kerajaan baharu,” katanya.

Puad menyatakan demikian sebagai mengulas penganjuran Konvesyen Perpaduan hari ini, yang menghimpunkan semua parti di bawah panji Kerajaan Perpaduan.

Jelas Puad, pentadbiran konsep baharu ini tidak lagi boleh bergerak dengan rigid seperti satu waktu dahulu.

“Kini kita masuk gelanggang politik baru yang tidak lagi boleh rigid.

“Kerajaan Perpaduan akan melepasi garis merah 17 bulan atau 22 bulan, sekali gus bermakna kerajaan ini akan bertahan sehingga cukup tempoh. 

“‘Chemistry’ UMNO-PKR adalah pra syarat (untuk terus kekal bertahan),” katanya. - Getaran, 14 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad