web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kehadiran DAP Ke Dewan Merdeka Dorong Rakyat, Ahli UMNO Tinggalkan Parti?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 1:30PM

Annuar Musa - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih ramai ahli UMNO akan meninggalkan parti itu selepas Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang menjadi dewan keramat orang Melayu, dimasuki pemimpin dan ahli DAP.

Itu reaksi mantan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagi mengulas mengenai Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang menghimpunkan pemimpin 19 parti politik yang membentuk kerajaan, termasuk DAP di WTCKL, semalam.

Malah, Annuar turut menjangkakan UMNO akan terus ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kehadiran puak sosialis, liberal DAP ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini (semalam) akan mendorong jutaan rakyat, termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan UMNO.

“Dan UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN dan PRU akan datang. InsyaAllah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelas beliau lagi, kehadiran DAP berbeza dengan kedatangan pemimpin PAS ke PWTC yang kini dikenali sebagai WTCKL.

Katanya, kehadiran pemimpin PAS ke WTC pada September 2019 memberi impak positif, berbanding kedatangan pemimpin DAP.

“Kehadiran ribuan penyokong UMNO dan PAS di PWTC pada September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat, sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri PRK dengan cemerlangnya,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Antara pemimpin DAP yang hadir ke konvensyen tersebut adalah Pengerusinya, Lim Guan Eng; Timbalan Pengerusi, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung, Anthony Loke.

Guan Eng menerusi hantaran di Facebook, mengakui tidak pernah terfikir akan bersama UMNO dalam satu konvensyen di ibu pejabat parti itu yang sebelum ini menjadi seteru DAP.

Namun, katanya, detik bersejarah itu sudah tiba dan beliau akhirnya dapat menjejakkan kaki di Dewan Merdeka, semalam.

“Hari itu telah tiba, kini bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan Malaysia dari puak pelampau dan mereka yang gagal mentadbir.

“Makmurkan Rakyat, Majukan Malaysia!” katanya.

Sementara itu, Anthony turut mengakui agak gugup semasa berucap pada konvensyen tersebut, selain tidak terlintas di fikirannya akan berbuat demikian di WTCKL yang menjadi kubu seteru politik lamanya, UMNO.

“Saya rasa tak pernah ada seorang pun dalam DAP termasuk rakan saya, Gobind Singh Deo yang terfikir tentang perkara ini.

“Bagi Perdana Menteri, beliau mungkin sudah biasa kerana ia ibarat kembali ke gelanggang lama. Jadi, saya kira ia merupakan hari yang cukup bersejarah,” katanya. – Getaran, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad