web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Kerajaan Perpaduan Kerja Keras, Bukan Tanam Tebu Pinggir Bibir’ - Guan Eng

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 9:17PM

Lim Guan Eng berkata Kerajaan Perpaduan membariskan pemimpin yang sanggup bekerja keras demi rakyat dan bukan hanya bersandar kepada janji manis semata-mata. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan membariskan pemimpin yang sanggup bekerja keras demi rakyat, dan bukan hanya bersandar kepada janji manis semata-mata.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, elemen itu membezakan kerajaan dan blok pembangkang yang dilihat hanya bijak bertanam tebu di pinggir bibir.

Menjadikan analogi mengenai makanan sebagai contoh, Guan Eng berkata, pengambilan makanan yang tepat akan menjamin kesihatan diri, dan begitu juga halnya dengan memilih kerajaan.

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

“Kalau kita nak sihat, kita mesti makan makanan yang betul, bukan makanan yang sedap tapi tak sihat. 

“Jika anda mengambil makanan yang terlalu manis atau terlalu masin untuk jangka masa yang lama, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada badan anda,” katanya dengan penuh makna.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan janji kosong pembangkang kerana ia hanya akan membawa kemusnahan.

“Rakyat tidak boleh percaya dengan janji kosong , tetapi mahu yang boleh bekerja, cekap dan bijak lakukan apa yang dikatakan, dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Lihatlah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dan pasukan Kerajaan Perpaduan, mereka sedang giat memperbetulkan ekonomi negara,” katanya.

Tegas beliau, hasil kerja keras itu dibuktikan menerusi pertumbuhan ekonomi untuk suku tahun pertama yabg amat memberangsangkan.

“Pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus ini lebih baik daripada jangkaan. 

“Ayuh terus menyokong Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Guan Eng sebelum ini dipetik sebagai berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang begitu baik itu didorong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah, guna tenaga dan perbelanjaan penggunaan swasta.

Menurut beliau, kekukuhan suku tahun pertama juga boleh dikaitkan dengan penjajaran dasar ekonomi antara kerajaan dan Bank Negara Malaysia(BNM), dalam memberi tumpuan kepada pertumbuhan KDNK yang mampan. - Getaran, 15 Mei 2023





 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah