web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konvesyen Nasional Berjaya Hancurkan Kemungkinan Kerajaan Perpaduan Bakal Tumbang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 9:24AM

Lim Kit Siang berkata, pembangkang yang terdiri daripada gabungan BERSATU dan PAS kini hanya mampu menyebarkan khabar angin berkaitan Kerajaan Perpaduan dan merendah-rendahkan kepentingan perpaduan nasional - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konvesyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan Ahad lepas disifatkan berjaya menghancurkan kemungkinan untuk Kerajaan Perpaduan ditumbangkan.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, pembangkang yang terdiri daripada gabungan BERSATU dan PAS kini hanya mampu menyebarkan khabar angin berkaitan Kerajaan Perpaduan dan merendah-rendahkan kepentingan perpaduan nasional.

Menurut beliau, pembangkang juga bertanggungjawab menyebarkan kemungkinan kejatuhan kerajaan negeri Perak menerusi kenyataan dibuat Pesuruhjaya PAS negeri itu, Razman Zakaria.

“Razman dipetik sebagai berkata, seperti ada rancangan untuk mencuri, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia akan berlaku.

“Razman juga mendakwa tidak tahu siapa yang bakal menggerakkan rancangan itu, tetapi pada sama beliau mengalu-alukan ia terjadi,” katanya menerusi hantaran terbaru di blog, semalam.

Jelas Kit Siang, amat menyedihkan untuk melihat pemimpin Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS, kini bergantung kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk inspirasi dan visi, berbanding berpegang kepada dasar dan prinsip.

“Namun, mereka hanya mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, (Tan Sri Abdul) Hadi Awang, yang masih berhutang enam bukti untuk tuduhan-tuduhan yang gagal dibuktikannya.

“Ia termasuk tuduhannya dalam enam bulan lepas bahawa kononnya DAP mempromosikan Islamofobia, anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, orang bukan Islam,” katanya.

Tegas Kit Siang, PAS di bawah pimpinan Abdul Hadi turut ‘mempromosikan’ dakwaan bahawa golongan bukan Melayu adalah ‘perompak’ yang memberi serta menerima rasuah selama lebih dari setengah abad.

“Abdul Hadi kini telah muncul dengan tuduhan ketujuh terhadap DAP dan pada masa sama, dia membuat tuduhan yang tidak masuk akal dengan mengatakan Malaysiakini mempromosikan Islamofobia.

“Dalam serangan keji terbarunya, Hadi juga menuduh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘didominasi (oleh) DAP’,” katanya.

Tegas Kit Siang, Hadi seharusnya menghubungi mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mendapatkan jawapan berhubung perkara itu.

“Saya rasa, jawapan terbaik terhadap serangan keji Hadi ini datang daripada bekas pemimpin kanan BERSATU dan menteri PN yang juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor, Azmin.

“Azmin di majlis rumah terbuka hari raya PN di Shah Alam semalam (kelmarin) bertanya, mengapa DAP ‘berdiam diri’ mengenai kerjasama bersama UMNO dan BN, katanya.

Soalan itu jelas Kit Siang, sekali gus membuktikan bahawa DAP tidak pernah mendominasi Kerajaan Perpaduan.

“Hadi dan Azmin tidak sebulu dalam perkara mengenai sama ada kerajaan perpaduan Anwar ‘didominasi DAP’ atau tidak,” selarnya.

Dalam perkembangan lain, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, pertarungan besar enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini bakal memberi impak besar kepada dunia politik, khususnya di peringkat Persekutuan.

“PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu itu akan menentukan sama ada rakyat Malaysia dan seluruh dunia dapat berharap untuk  menyaksikan kestabilan politik dan perpaduan nasional di Malaysia.

“Kesemua PRN itu juga akan menentukan sama ada Perajaan Perpaduan Anwar dapat bertahan selama sepenggal penuh atau sebaliknya,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi