web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mauduk Kita Orang Parti Perlu Diamal Secara Konsisten - Wan Rosdy

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 12:21PM

Wan Rosdy Wan Ismail berkata, UMNO harus kekal relevan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air - Gambar Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mauduk ‘Kita Orang Parti’ perlu diamalkan secara konsisten oleh semua ahli UMNO, agar kepentingan parti keramat kaum Melayu itu sentiasa menjadi keutamaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, parti tersebut harus kekal relevan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Menurut beliau, senario terkini politik negara mengkehendaki semua ahli memperkuat barisan pertahanan parti, demi menangkis ancaman musuh.

“Semua ahli harus bersatu memperkuat parti daripada serangan musuh dari luar atau dalam.

“Semua masalah dalaman parti juga harus dibendung bagi merapatkan kembali saf kepimpinan, menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, amanat tersebut disampaikan sempena sempena Pemukiman Jentera Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Selangor dan Negeri Sembilan di Kem ILMU Janda Baik, Bentong, Pahang semalam.

Beliau pada majlis tersebut turut berkongsi pengalaman menerajui jentera UMNO Pahang dalam PRU-15.

“Saya juga menyelitkan beberapa penambaikan strategi untuk ditambah nilai dan disesuaikan pendekatan di lokaliti Selangor dan Negeri Sembilan.

“Insya Allah kita yakin dan percaya dengan semangat dan iltizam yang ditonjolkan oleh jentera parti pada hari ini, kita akan bangkit dan mampu mencipta kemenangan melalui semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada PRU-15, Barisan  Nasional Pahang gagal membentuk kerajaan negeri apabila gagal memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh daripada 14 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, BN (lima) dan Pakatan Harapan (PH) dua kerusi.

Bagi peringkat DUN, 16 kerusi disambar PN manakala BN dan PH masing-masing memenangi16 serta lapan kerusi. - Getaran, 28 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad