web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Pulau Pinang Perlu Nyatakan Pendirian, Sokong Sanusi Atau Tidak?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 8:38PM

Lim Guan Eng berkata kegagalan menyatakan pendirian bermakna PAS Pulau Pinang tidak berupaya mewakili sepenuhnya kepentingan rakyat negeri tersebut serta mempertahan, melindungi dan memelihara Perlembagaan Persekutuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS Pulau Pinang harus menyatakan pendirian mereka pada kadar segera, sama ada bersetuju dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atau sebaliknya.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak sepatutnya bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) jika gagal berbuat demikian.

Menurut beliau, kegagalan menyatakan pendirian bermakna PAS Pulau Pinang tidak berupaya mewakili sepenuhnya kepentingan rakyat negeri tersebut serta mempertahan, melindungi dan memelihara Perlembagaan Persekutuan.

“?????? ????? ?????? ????? ??????? ??????? ????? ???????? ???????? ?????? ?????? ??????????? ????????????????? ???? ??? ???? ??????????? ?????????? ?????? ???????? ????? ??? ????? ?????? ?????? ???????? ????? ?????? ????? ????? ?????.

“Bukan hanya 1.8 juta rakyat Pulau Pinang, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Ramkarpal Singh, kedua-duanya juga telah menafikan Muhammad Sanusi kerana gagal memahami undang-undang sehingga ke tahap tidak menghormati malah memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas dakwaan terbaru Muhammad Sanusi bahawa Pulau Pinang adalah hak milik kerajaan negeri Kedah.

Muhammad Sanusi ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah-Perlis mendakwa, Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah. 

Dakwanya, hanya Perak dan Perlis ketika ini yang mempunyai sempadan dengan Kedah. 

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan berkata, Perdana Menteri sudah memaklumkan bahawa Sultan Kedah sendiri tidak mempertikaikan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri apabila, apabila baginda memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Pulau Pinang sebagai  satu daripada 13 negeri berdaulat di Malaysia. 

“Ini bukan kali pertama Muhammad Sanusi membuat tuntutan yang keterlaluan dan palsu terhadap Pulau Pinang.

“Sebelum ini Muhammad Sanusi secara terbuka menyatakan beliau meragui kedaulatan Pulau Pinang dan hak negeri itu untuk wujud memandangkan ia sepatutnya berada di bawah Kedah,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Bagan itu, kenyataan provokasi dibuat Muhammad Sanusi menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan usul sebulat suara mengecam Muhammad Sanusi kerana meragui kedaulatan Pulau Pinang.

Usul berkenaan jelas beliau, turut disokong oleh satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di negeri tersebut, Mohd Yusni Mat Piah.

“Muhammad Sanusi jelas berniat untuk memanfaatkan dakwaan palsu ini demi mendapatkan pengaruh politik tambahan dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Mendapatkan pengaruh politik sebegini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melulu apabila dakwaan yang tidak berasas serta tidak wujud itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, seterusnya mencetuskan permusuhan awam dalam kalangan rakyat Kedah dan Pulau Pinang,” katanya.

Guan Eng berkata, Menteri Besar Kedah itu tetap berdegil dan enggan menarik semula dakwaan dibuat, walaupun semua fakta dan undang-undang telah menggariskan bahawa beliau bersalah.

“Dengan memprovokasi dan mempersoalkan kedaulatan dan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri, Muhammad Sanusi mampu mengancam keamanan dan keselamatan negara. 

“Laporan polis harus dibuat oleh 1.8 juta rakyat Pulau Pinang untuk mendesak tindakan terhadap Muhammad Sanusi bagi melindungi Pulau Pinang dan menghalang ‘penceroboh politik’ daripada menceroboh negeri kita demi memastikan kita dapat meneruskan kehidupan ini dengan aman dan menikmati kemakmuran,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini