web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hadi Awang Gagal Tunjukkan Akhlak Pemimpin Islam Yang Baik - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 7:08AM

Menurut Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang dilihat sebagai pemimpin yang paling galak menggunakan naratif berasaskan etnik di media sosial sebelum PRU-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang gagal menunjukkan akhlak sebagai seorang pemimpin Islam yang bertanggungjawab, jujur, dan dihormati.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, akhlak buruk Ahli Parlimen Marang itu terserlah sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.

Menurut beliau, Abdul Hadi dilihat sebagai pemimpin yang paling galak menggunakan naratif berasaskan etnik di media sosial sebelum PRU-15.

“Satu laporan bebas yang diterbitkan kelmarin bertajuk ‘Pemerhatian Media Sosial dalam Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia’ mengatakan Abdul Hadi dan partinya terlibat menghasut dengan tidak menegur atau menghentikan pengguna media sosial daripada terus menyebarkan kebencian hubungan antara kaum.

“Pemain ini terus menghidupkan naratif kebencian, begitu juga dengan komen-komen yang dibuat pengguna yang dibiarkan mereka dengan berdiam diri, jadi, kita boleh katakan yang mereka juga terlibat kerana mereka tidak menegur perbuatan ini,” katanya.

Jelas Kit Siang, Pengarah Eksekutif Centre for Independent Journalism (CIJ), Wathshlah Naidu semasa pelancaran laporan tersebut di ibu negara kelmarin dipetik sebagai berkata, perkara itu dapat dilihat dengan sangat jelas sepanjang tempoh pemantauan.

“Dengan sejumlah 99,653 mesej unik di media sosial yang dianalisis antara 20 Oktober dan 26 November tahun lepas, laporan ini mendapati yang ‘sejumlah majoriti besar’ hantaran media sosial ini menggunakan naratif berasaskan perkauman dan keagamaan.

“Wathshlah mengatakan Abdul Hadi sendiri merupakan individu tunggal dengan dua hantaran terlalu buruk yang mencapai ‘Tahap Tiga’, kerana hantarannya dikategorikan sebagai mengandungi bahasa-bahasa yang tidak berperikemanusiaan dan bermusuhan,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, laporan terbabit turut memetik hantaran media sosial Abdul Hadi yang dibuat sebelum pilihan raya November.

“Laporan terbabit mengatakan yang ahli politik tersebut secara aktif telah menyebarkan sentimen anti-Cina dan menyebarkan permusuhan terhadap DAP melalui bahasa yang digunakan yang kemudiannya ditambah teruk dengan salah maklumat dan pengeliruan.

“Malah, hantaran TikTok Abdul Hadi yang mengatakan orang Melayu yang dicalonkan oleh DAP sebagai ‘licik dan bahaya’ didapati mendapat interaksi tertinggi berbanding dengan mana-mana platform media sosial dengan 2.5 juta interaksi,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini