web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Politik Seperti Pahlawan Di Medan Perang, Kritikan Diberi Umpama Menghunus Pedang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 7:00AM

Hassan (kiri) ketika berkunjung ke kediaman Idrus di Cerun Tuk Kun, Permatang Pauh. - Gambar Facebook Hassan Karim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Politik boleh diibaratkan seperti pahlawan di medan perang, yang bisa menyerang dan sanggup diserang.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, jika ahli politik itu juga memainkan peranan sebagai penulis yang kerap mengutarakan idea dan pendapat di khalayak umum, mereka juga sebenarnya boleh dianggap sebagai menghunus pedang.

“Pena itu ibarat pedang, (walaupun) sekarang kita gunakan laptop atau tablet untuk menulis.

“Kritikan, teguran dan pandangan politik yang kuat serta keras terhadap lawan ataupun kawan sendiri adalah ibarat menghunus pedang. Dalam adat pertempuran, barang siapa yang berani menghunus pedang maka dia juga mesti berani mati di hujung pedang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Memuji sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa tenang berdepan kritikan, Hassan berkata, sosok itu tidak pernah tersasar daripada menjaga kepentingan rakyat dan golongan bawahan.

“Beliau adalah Anwar Ibrahim yang dahulu yang saya kenal sejak puluhan tahun lalu, ketika dia menyokong perjuangan petani Baling, Kedah yang miskin; golongan setinggan miskin di Tasek Utara Johor Bahru dan begitu juga sokongan Anwar Ibrahim kepada perjuangan golongan petani tidak bertanah di bawah pimpinan aktivis petani, Hamid Tuah di Telok Gong, Selangor,” katanya.

Hassan memberitahu, beliau terlihat satu video terbitan portal FMT bertarikh 3 Jun lalu yang dimuat naik pada jam 8.14 malam.

“Video berkenaan menyiarkan kata-kata Perdana Menteri bahawa Kerajaan Perpaduan lebih prihatin (dengan nasib) golongan bawahan (berbanding kerajaan terdahulu).

“Kata-kata Anwar Ibrahim itu betul. Saya percaya apa yang Anwar katakan itu,” katanya.

Hassan menarik perhatian, beliau sempat mengadakan pertemuan bersama Idrus Ibrahim, iaitu abang kepada Perdana Menteri, sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November tahun lalu.

Idrus dalam pertemuan di Kampung Ceruk Tok Kun itu jelas Hassan, sempat menceritakan bagaimana dia sering menerima aduan daripada anggota PKR dan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang kurang senang apabila Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor itu sering mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

“Idrus sendiri amat faham tentang saya. Dia membaca tulisan-tulisan saya dengan cermat dan cuba memahami sebaik mungkin tujuan tulisan-tulisan saya itu. Idrus tetap yakin Ahli Parlimen Pasir Gudang ini adalah seorang sahabat kepada Anwar Ibrahim, adiknya.

“Begitulah halnya sekarang apabila saya mengktitik Perdana Menteri. Saya disuruh letak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Saya didesak keluar parti. Saya dilempar dengan pelbagai tuduhan dan dicop macam- macam, termasuklah gelaran "walaun" dan sebagainya. Gelak dan kelakar pun ada. Saya terima dengan sporting dan gentlemen,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka