web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peja Sahkan Tak Tanding PRN, ‘Tugas Saya Perkuat Jentera Parti’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 10:27AM

Peja (kiri) ditemani Eddin ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sembilan di Seremban, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), di enam negeri akan datang.

Perkara itu disahkan beliau ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

Ahmad Faizal atau Peja berkata, walaupun beliau baharu mengambil alih kerusi Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan, ia sekadar untuk persiapan serta membantu jentera parti itu bagi menghadapi PRN.

“Walaupun saya sudah dilantik ke jawatan ini (Pengerusi BPN dan Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan), ia hanya untuk melicinkan jentera pilihan raya.

“Saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi di enam negeri pada pilihan raya negeri, termasuk di Negeri Sembilan.

“Saya berasal dari Perak tapi sebagai anggota parti, saya perlu akur arahan kepemimpinan tertinggi, jadi tugas saya hanyalah untuk ‘memperhambakan’ diri dan menguatkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya,” katanya.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu, Penasihat BERSATU Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Ketua BERSATU Bahagian Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Sith.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi BPN PN Perak memaklumkan, PN dan BERSATU Negeri Sembilan tidak menghadapi sebarang masalah dari segi kepemimpinan sebelum ini susulan pelantikan berkenaan.

Berhubung pembahagian kerusi dan calon pada PRN, Pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Kerusi BERSATU Pusat itu berkata, ia berjalan lancar dan sedang di peringkat saringan membabitkan calon yang akan mewakili parti. – Getaran, 5 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 11 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

3

Politik 11 bulan yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK: Saingan 3 Penjuru Di Pelangai Antara BN, PN, Bebas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'