web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pingat Tan Sri Kit Siang Jadi Pertikaian, Kerajaan MADANI Dianggap Terdesak

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 9:00PM

Lim Kit Siang ceria selepas menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurniaan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang terus menjadi pertikaian.

Terbaru, pendakwah bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, darjah kebesaran itu tidak seharusnya diberikan kepada pemimpin yang memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia.

Menurut beliau, gagasan berkenaan jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan aspirasi negara.

“Saya tidak akan pertikaikan dan merasa hairan jika diberikan anugerah dan gelaran diberikan kepada pembangkang, kerana kita tahu, pembangkang memainkan peranan penting dalam sistem demokrasi berparlimen.

“Tetapi (anugerah itu) bukan (seharusnya diberi) kepada pemimpin pembangkang sama ada sudah bersara atau tidak, yang memperjuang Malaysian Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan aspirasi negara,” katanya menerusi portal ISMAweb.

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah - Gambar Fail
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah - Gambar Fail

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pengurniaan darjah kebesaran PSM kepada Kit Siang, sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam.

Kit Siang adalah veteran DAP kedua dianugerahkan dengan gelaran Tan Sri, selepas Tan Sri Lee Lam Thye yang kini bergiat aktif sebagai aktivis masyarakat.

Dakwa Ridhuan, penghormatan diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu bagaimanapun tidak menghairankan kerana ia adalah wajah sebenar kerajaan Malaysia MADANI.

“Sentiasa terdesak dan penuh sesak. Lebih-lebih berhadapan dengan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, yang menjadi penentu talian hayat Pakatan Harapan (PH).

“Sudah tentu undi Cina adalah penentu segalanya kepada talian hayat ini. 

“Justeru, tidak mengejutkan jika tindakan bersifat ultra kiasu dibuat dan diberikan kepada pemimpin ultra kiasu,” dakwanya.

Menerusi portal sama, Mohd Ridhuan turut meluahkan rasa hairan dan terkilan apabila melihat barisan pemimpin UMNO hanya berdiam diri.

“Cuma sedikit hairan dan terkilan, kenapa pemimpin UMNO berdiam diri. Membisu seribu bahasa. 

“Sedangkan dalam kumpulan media sosial yang saya baca, pemimpin dan ahli-ahli UMNO menyumpah dan merintih dengan tindakan memberikan gelaran Tan Sri ini,” katanya.

Sementara itu, akaun Instagram Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berdepan kritikan keras netizen apabila beliau memuat naik hantaran yang didakwa sebagai perkongsian bekas pensyarahnya.

Anak anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu menerusi hantaran berkenaan memetik pensyarahnya sebagai berkata, Kit Siang merupakan antara Ahli Parlimen Malaysia yang benar-benar melaksanakan peranan semak dan imbang terhadap urus tadbir pelbagai kerajaan sejak sekian lama.

“Garis masa membuktikan betapa Tan Sri Lim seringkalinya memberikan pandangan dan teguran yang mendahului zaman. 

“Justeru, beliau dikecam dan sering pula dipenjarakan. Pun begitu, beliau terus konsisten menyedarkan kerajaan, khususnya akan keutamaan akta-aktatertentu diwartakan ~ meski seringkalinya beliaulah yg menjadi individu pertama terhukum oleh akta tersebut,” katanya.

Menganggap perkongsian berkenaan sebagai adil dan pembuka mata, Nurulhidayah berkata, beliau memutuskan untuk berkongsi pandangan tersebut susulan doktrin dan gelombang kebencian terlalu kuat  yang telah tertanam untuk DAP.

“Doktrin ini telah tertanam sejak saya kecil.

“Pensyarah saya juga berpesan, perkatakanlah yang benar walaupun dikecam. Seribu zaman berlalu sekalipun, ia tetap teguh berdiri,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen, majoriti pengikut akaun itu ternyata berang dengan hantaran terbabit, malah ada yang menyifatkan Nurulhidayah sebagai ‘penjilat’ DAP.

Antara yang dilihat berbuat demikian ialah bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

“Dah jadi jurucakap DAP ke,” soalnya sinis.

Komen Tun Faisal itu bagaimanapun dibalas tenang oleh Nurulhidayah.

“Adakah bila saya berkongsi pendapat orang lain dan dalam masa yang sama saya cuba rasionalkan pendapat orang saya menjadi jurucakap DAP? 

“Saya ingat Tuan dah cukup matang dalam berpolitik. Beza sangat tu kongsi pendapat dengan jadi jurucakap,” balasnya, bersahaja. - Getaran, 6 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka