web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boikot Usul Bentang LKAN 2021 Sikap Tidak Bertanggungjawab - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jun 2023 6:05PM

Boikot berkenaan menyebabkan sidang Dewan dilanda kekecohan selama lebih sejam - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan blok pembangkang memboikot usul untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 di Dewan Rakyat semalam disifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, boikot berkenaan menyebabkan sidang Dewan dilanda kekecohan selama lebih sejam.

Menurut beliau, kekecohan akibat tentangan Perikatan Nasional (PN) terhadap usul berkenaan jelas membuktikan perilaku sebenar mereka.

“Dalam setengah abad kerjaya saya berada di Parlimen, saya akan amat gembira sekiranya kerajaan bersetuju untuk mengadakan perbahasan LKAN Negara di Parlimen.

“Ahli-Ahli Parlimen PN telah bertindak dengan cara yang amat tidak bertanggungjawab sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya menerusi blog.

Jelas mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, pembangkang bukan sahaja mencabar titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong agar bertindak demi kepentingan negara bagi menjamin kestabilan politik dan memastikan terdapat perpaduan nasional dalam Malaysia yang majmuk, bahkan mereka juga merendah-rendahkan peranan penting Parlimen untuk menjadi semak imbang terhadap pembaziran serta salah guna kuasa oleh pihak Eksekutif.

“Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN – Masjid Tanah) tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) apabila dia membantah perbahasan ini, sedangkan dia sepatutnya terus berada di dalam Dewan semasa perbahasan berlangsung bagi mendengar apakah yang diperkatakan oleh Ahli-ahli Parlimen mengenai Laporan Ketua Audit Negara ini untuk dijadikan panduan kepada PAC.

“Lebih ideal sekiranya terdapat peraturan supaya Laporan Ketua Audit Negara ini mesti dibahaskan, dirujuk kepada PAC, dan kemudiannya disyaratkan supaya laporan PAC pula dibahaskan,” katanya.

Tegas Kit Siang, boikot daripada semua Ahli Parlimen PN telah merendah-rendahkan keseluruhan proses tersebut.

“Persoalannya sekarang adalah,  bilakah setiap Ahli Parlimen PN akan bertindak dengan cara yang lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab dan amanah mereka di Parlimen,” katanya. 

Kerusi di blok pembangkang dilihat kosong, semalam sewaktu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul membahaskan LKAN 2021 selepas waktu rehat tengah hari.

Terdahulu, sidang Dewan dilanda kekecohan apabila wujud pertikaman lidah antara pembangkang dan kerajaan mengenai kewajaran untuk membahaskan LKAN 2021.

Ia dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sebaik sahaja sesi pertanyaan lisan sebelah pagi selesai diadakan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS mengetengahkan Peraturan 20(2) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sebagai rujukan dan mendakwa, usul berkenaan melanggar Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam keputusannya membenarkan LKAN 2021 dibahaskan, selepas mempertimbangkan Peraturan 100 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, berkaitan kuasa Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Johari dipetik sebagai berkata, perbahasan LKAN 2021 diadakan bagi memberi gambaran jelas kepada rakyat, mengenai kesungguhan Ahli Parlimen untuk membincangkan masalah dihadapi orang ramai secara terbuka. - Getaran, 7 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi