web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Risalah Kecam Zahid Cubaan Pecah Belahkan UMNO - Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jun 2023 5:33PM

Rrisalah (flyers) yang mengecam Zahid telah bertebaran di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) ketika Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) berlangsung. - Gambar dari Facebook DrPuad Zarkashi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak membela Datuk Seri Najib Razak adalah percubaan untuk memecah-belahkan UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, terdapat risalah (flyers) yang mengecam Zahid bertebaran di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) ketika ini.

“Beliau dituduh tidak membela Najib. Semua kereta yang parking di WTC diselit dengan flyers fitnah itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, beliau tidak terkejut jika perkara tersebut sebenarnya dilakukan oleh kluster gantung dan pecat UMNO.

Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail
Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

“Ini percubaan untuk pecah belahkan UMNO. Ini kerja orang dalam yang bergabung dengan orang luar. Tidak hairan segelintir kluster gantung dan pecat UMNO terlibat. 

“Tetapi mereka terkedu bila Zahid bangkitkan isu pembelaan Najib dalam ucapan dasarnya. Bahkan video ucapan (Datuk) Mohamad Nizar Najib juga ditayangkan,” katanya.

Jelas Puad, video berkenaan dengan jelas menyampaikan pesanan mantan Presiden UMNO itu yang mahu semua ahli parti bersatu dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir semalam dan mendengar pesanan berkenaan.

“Puak-puak ini sebenarnya mahu Zahid lemah. Jika Zahid lemah, maka lemahlah Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) semalam, Zahid memberi jaminan bahawa mantan Perdana Menteri itu ‘berdoa dan berharap’ Kerajaan Perpaduan akan meraih kejayaan pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas ini.

“Walaupun beliau (Najib) tidak bersama kita ketika ini, jiwa dan semangatnya masih bersama kita,” katanya dengan penuh emosi, kepada hampir 3,000 perwakilan yang melaungkan ‘Bebas Bossku’ dan ‘Hidup Bossku’, merujuk kepada gelaran sering diberikan kepada Najib.

Perwakilan turut dipertontonkan dengan video Mohamad Nizar, yang menyampaikan pesanan bapanya.

“Bapa saya tidak pernah memberi sebarang arahan untuk menyerang institusi presiden UMNO atau komponen dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau sering mengingatkan kami untuk setia kepada parti dan mematuhi arahan presiden.

“(Tuduhan bahawa Najib bertindak sebaliknya) adalah persepsi pihak tidak bertanggungjawab. (Najib) tidak pernah meminta ahli UMNO berpaling dari parti,” kata Nizar dalam video ringkas itu.

Jelas Mohamad Nizar lagi, Najib amat mempercayai keupayaan Kerajaan Perpaduan dalam mentadbir negara. - Getaran, 10 Jun 2023







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad