web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penggulungan Zahid Terbaik, Sarat ‘Agenda Centric’ — Mohd Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 9:59AM

Kesemua agenda digariskan itu membuktikan UMNO kekal dengan landas perjuangan membantu rakyat walaupun perlu berkongsi kuasa ketika ini melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggulungan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) semalam disifatkan sebagai terbaik pernah dilakukan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, penggulungan berkenaan amat padat, ringkas, jelas dan penuh ‘agenda centric’.

Menurut beliau, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah antara lain meluluskan TVET Khas Wanita, yang diwujudkan melalui kerjasama Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA).

“Untuk kerjasama ini, 15,000 wanita akan diambil bagi mengisi tempat ‘batch’ pertama.

“Beliau turut mengumumkan perumahan transit madani bagi golongan muda dan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Puad berkata, Timbalan Perdana Menteri itu juga mengarahkan UMNO menganjurkan jelajah industri halal ke seluruh negara bagi membantu promosi produk halal.

“Beliau juga mengarahkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meringankan beban peminjam pendidikan MARA agar tidak terjerumus menjadi muflis,” katanya.

Kesemua agenda digariskan itu jelasnya, membuktikan UMNO kekal dengan landas perjuangan membantu rakyat walaupun perlu berkongsi kuasa ketika ini melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Kuasa bukan diguna untuk bertahan lama sebagai Perdana Menteri sehingga akhirnya yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran. UMNO pula yang menerima musibah.

“Bertambah manis Tabung Pendidikan Melayu anjuran UMNO mengumpul sebanyak RM 1.6 Juta dalam tempoh empat hari PAU UMNO 2023,” katanya.

PAU 2023 juga tambah Mohd Puad, menyaksikan kehadiran tiga waris mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Alhamdulillah seorang Najib dipenjarakan, tiga Najib baru muncul di Dewan Merdeka (iaitu) Yana Najib, Nizar Najib dan Najif Najib,” katanya, merujuk kepada Nooryana Najwa Najib, Datuk Mohamad Nizar Najib dan Datuk Mohamad Nazifuddin Najib.

Sementara itu, Zahid menerusi ciapan di Twitter menzahirkan harapan agar PAU 2023 berhasil menyuntik semangat baharu kepada semua perwakilan dan ahli parti.

Beliau turut menyuarakan rasa gembira dan terharu apabila melihat semua perwakilan mampu berbincang dengan hati yang jernih dan berbahas mengenai hala tuju perjuangan secara rasional dan berhikmah.

“Perhimpunan kali ini turut menggambarkan kematangan kita sebagai sebuah parti siasah yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat serta memperkukuhkan ketumbukan untuk bergerak ke hadapan menongkah kedinamikan politik bersama Kerajaan Perpaduan.

“Marilah kita bersatu, bersetia dan berkhidmat sebagai satu keluarga besar UMNO untuk memastikan kejayaan pada pilihan raya enam negeri yang bakal tiba,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka