web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Saya Sudah Beri Pandangan, Muhyiddin Minta Fikir Sekali Lagi’ - KJ

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 7:11AM

Ditanya adakah beliau belum mempunyai jawapan muktamad, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau sememangnya sudah memilih, namun tetap menghormati permintaan Muhyiddin Yassin untuk berfikir sekali lagi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memaklumkan, beliau sudah memberi pandangan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tawaran diterima daripada pemimpin itu untuk beliau menyertai parti berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Muhyiddin memintanya supaya memikirkan sekali lagi mengenai pelawaan itu.

Justeru, katanya, beliau bersetuju dengan permintaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dan meminta masa tambahan untuk memikirkannya, sebelum mengadakan perjumpaan kedua berhubung perkara terbabit, Isnin depan.

“Jadi saya berjumpa dengan beliau dan saya sudah memberi pandangan saya dan beliau minta supaya saya fikir lagi lah, saya pun sudah setuju untuk fikir lagi dan saya pun minta beliau sedikit masa, so (jadi) itu jawapannya.

“Kita bawa ke Isnin pula perjumpaan kedua, saya berhutang dengan Tan Sri Muhyiddin, berhutang jawapan, beliau menawarkan keahlian dalam BERSATU dan turut menawarkan kepada saya peluang terbabit PRN,” katanya.

Khairy berkata demikian pada program podcast bertajuk 'Keluar Sekejap' dikendalikannya bersama mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Ditanya adakah beliau belum mempunyai jawapan muktamad, Khairy menegaskan beliau sememangnya sudah memilih, namun tetap menghormati permintaan Muhyiddin untuk berfikir sekali lagi.

“Saya adalah (jawapan muktamad), tetapi beliau (Muhyiddin) minta supaya saya fikir lagi.

“DUN (Dewan Undangan Negeri) belum lagi bubar so ada sikit masa lagi lah untuk apa-apa berlaku. Bagi saya ada final (jawapan), tapi pemimpin yang saya sanjungi minta supaya kita fikir lagi, kita fikir lagi,” katanya.

Terdahulu, tular foto mantan Ketua Pemuda UMNO itu menghadiri sesi bersama beberapa tokoh perniagaan dan pakar ekonomi bersama Anwar pada 16 Jun lalu.

Kehadiran Khairy itu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada beliau memilih bersama Kerajaan Perpaduan.

Ia turut menimbulkan tanda tanya adakah mantan Menteri Kesihatan itu menolak tawaran Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu untuk beliau menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi parti berkenaan.

Pada 19 Jun lalu, Khairy sekali lagi menimbulkan persoalan apabila menyiarkan gambarnya bersama Muhyiddin di InstaStory dengan kedua-dua mereka kelihatan tersenyum, namun tidak disertakan sebarang keterangan. – Getaran, 22 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Menantu Muhyiddin: SPRM Kemuka Dokumen Tambahan Untuk Lengkapkan Notis Merah Interpol

2

Politik 1 tahun yang lalu

Dipecat Bukan Halangan, KJ Tetap Kempen Untuk Sahabat Baik

3

Politik 1 tahun yang lalu

Muhyiddin, Sila Bantu Siasatan SPRM, Dedahkan Lokasi Menantu - Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gagal Mohon Maaf Tanpa Syarat, Muhyiddin Teruskan Tindakan Saman PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'