web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat Ciapan Biadab, PM Arah Zaki Yamani Mohon Maaf

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jul 2023 12:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Twitter diarah membuat permohonan maaf selepas mendoakan kematian Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ciapan ringkas hari ini mengarahkan lelaki terbabit untuk berbuat demikian pada kadar segera.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” katanya.

Anwar menyatakan demikian sebagai respon terhadap ciapan individu terbabit, selepas berita keadaan kesihatan Abdul Hadi dilaporkan media tempatan.

Menggunakan akaun @Zaki_Yamani_, lelaki tersebut turut mendoakan yang sama buat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu.

P/S: Ambil sekali Mahathir,” katanya menerusi ciapan itu.

Berdasarkan laporan portal Malaysianow, lelaki berkenaan dikatakan bertugas sebagai pembantu kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tinjauan Getaran di platform media sosial tersebut mendapati, ciapan yang dimuat naik pada jam 9.55 pagi semalam itu sehingga kini masih belum dipadamkan.

Zaki turut memuat naik ciapan untuk menafikan laporan media yang memetik dirinya sebagai pembantu kepada Setiausaha Politik Kanan.

“Malaysianow dan fitnah berpisah tiada. Saya bukan aide kepada mana-mana Setiausaha Politik PM,” ciapnya.

Bernama semalam melaporkan, kesihatan Abdul Hadi semakin merosot, menyebabkan beliau terpaksa dirawat di hospital.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak lelakinya, Muhammaf Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebook, semalam.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini  menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, bapanya memang berada dalam keadaan uzur sewaktu hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu.

Katanya, Abdul Hadi bagaimanapun tetap menggagahkan diri untuk hadir ke majlis berkenaan.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital Abdul Hadi dirawat, namun Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini pernah beberapa beberapa kali menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). - Getaran, 2 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka