web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Istilah ‘Orang Thai, Orang Siam’ Jadi Agenda, BN Janji Hapus Kekeliruan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 9:47PM

Mahdzir Khalid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istilah Orang Siam' dan 'Orang Thai' (Thailand) bakal menjadi antara agenda yang diangkat di peringkat Persekutuan sekiranya gabungan Kerajaan Perpaduan berjaya mendominasi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, 12 Ogos depan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua istilah tersebut sering mencetuskan kekeliruan, khususnya dalam kalangan pegawai kerajaan.

Menurut beliau, ramai tidak menyedari bahawa semua rakyat berketurunan Siam yang ada di Kedah ialah warganegara Malaysia.

“Ada pegawai yang tidak faham dan gelar mereka 'Orang Thai' yang mana sebenarnya merujuk kepada negara Thailand.

“Benda ini perlu diselesaikan antara kerajaan negeri dengan Persekutuan, jadi sekiranya kita menang pada PRN nanti, perkara ini antara benda yang akan dibawa berbincang bersama rakan kepimpinan di Putrajaya," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Alor Setar hari ini.

Komuniti Siam Kedah diyakini akan memberi sokongan penuh kepada BN dan PH
Komuniti Siam Kedah diyakini akan memberi sokongan penuh kepada BN dan PH

Dalam perkembangan lain, Mahdzir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah berkata, komuniti Siam Kedah diyakini akan memberi sokongan penuh kepada BN dan Pakatan Harapan (PH) pada PRN nanti.

Jelas beliau, sokongan itu dinyatakan menerusi perjumpaan bersama hampir 40 kepimpinan masyarakat Siam dari seluruh Kedah.

"Kita adakan diskusi ini adalah untuk membincangkan perkara termasuk isu pentadbiran, pembangunan, masa depan masyarakat Siam dan beberapa lagi perkara yang masih membelenggu masyarakat berkenaan. Ada perkara yang dibincangkan itu berkaitan dengan new deals (manifesto) untuk PRN nanti.

"Saya setuju banyak perkara yang dibangkitkan oleh mereka itu adalah unfinished business dan kita mengambil kira semua perkara itu dan akan dibangkitkan pada pelancaran manifesto yang akan diadakan di Sungai Petani, esok,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka