web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahdzir Anggap Pulang Ke Gagang, Enggan Dibuai Kejayaan Silam

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 8:38AM

Mahdzir Khalid enggan terus dibuai kejayaan silam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin mampu mencipta kejutan 12 Ogos nanti.

Menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’ selepas ‘bersara’ dari arena politik negeri, penyertaan di DUN Pedu diibaratkan seperti sirih pulang ke gagang.

Menurut beliau, pembabitannya dalam arena politik secara serius bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi tersebut pada 2004.

“Ketika itu saya bukan calon pilihan dan perlu menentang wakil PAS. Tanpa disangka saya memperoleh kemenangan dan bermulalah tugas sebagai wakil rakyat,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Mahdzir Khalid (kanan) bersalaman dengan pencabarnya, Mohd Radzi Md Amin pada Hari Pencalonan semalam
Mahdzir Khalid (kanan) bersalaman dengan pencabarnya, Mohd Radzi Md Amin pada Hari Pencalonan semalam



Mantan Menteri Besar Kedah itu menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai pencalonannya di peringkat negeri, selepas sekian lama meninggalkan kerusi DUN untuk bertanding pada peringkat pusat.

Jelas Mahdzir, beliau tidak mahu mendabik dada, tetapi yakin berupaya mengulangi kejayaan yang tercipta 19 tahun lalu.

“Selepas memenangi DUN Pedu pada 2004, kerusi itu saya pertahankan pada 2008 walaupun pada pilihan raya umum berkenaan kerajaan negeri jatuh ke tangan PAS, gara-gara tsunami politik.

“Walaupun ia pada saya kejayaan yang amat bermakna, itu semua sudah menjadi sejarah dan saya tidak boleh leka dibuai kenangan silam,” katanya.

Tegas Mahdzir, situasi ketika ini cukup kritikal, mengambil kira serangan bertali arus pembangkang yang datang dari segenap sudut.

Blok Perikatan Nasional (PN) katanya, cukup yakin mampu meneruskan penguasaan di Kedah, justeru jentera Kerajaan Perpaduan perlu bekerja dengan lebih agresif.

“Apa sahaja faktor yang membawa kepada kenangan saya ketika itu perlu ditambah baik dan disesuaikan dengan situasi semasa.

“Senario politik termasuk di peringkat negeri ketika ini terlalu berbeza. Jika kita berhati-hati, tak mustahil strategi yang disusun berkubur di tengah jalan,” katanya.

Mahdzir Khalid (tengah) manu menawan semula DUN Pedu yang pernah dikuasainya selama dua penggal
Mahdzir Khalid (tengah) manu menawan semula DUN Pedu yang pernah dikuasainya selama dua penggal

Mahdzir sah diumumkan sebagai calon DUN Pedu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Iman Hazwan Abd Halim di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, Kedah semalam.

Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu dan calon PAS, Mohd Radzi Md Amin.

Mohd Radzi yang juga penyandang kerusi menewaskan calon BN, Kama Noriah Ibrahim dan Hashim Idris (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 670 undi.

DUN Pedu pada PRN kali ini membariskan 28,586 pemilih yang layak dan 51 saluran mengundi. — Getaran, 30 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad