web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Tiada Masalah Untuk Altimet Menang, Dia Jadi Kesukaan Penduduk’ - Ramanan 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 4:36PM

R Ramanan (empat, kiri) ketika turun padang membantu kempen Altimet di sekitar DUN Lembah Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) diramalkan tidak berdepan sebarang masalah untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya walaupun menurunkan muka baharu. 

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk M Ramanan berkata, beliau optimis Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berupaya meraih kemenangan walaupun perlu ‘menentang’ orang lama. 

Menurut beliau, sokongan positif diterima Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet setakat ini sepanjang berkempen, memberi petanda baik bahawa kemenangan bukan sesuatu yang mustahil. 

“Walaupun beliau dianggap sebagai calon muka baharu, hakikatnya Altimet sudah bersama kita sejak sembilan bulan lalu sebagai Penyelaras PKR Lembah Jaya,” katanya kepada Getaran. 

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas turun padang membantu kempen Altimet di sekitar DUN Lembah Jaya, semalam. 

Jelas Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, segala usaha dilakukan Ketua PKR Cabang Ampang tersebut semakin menampakkan hasil, apabila beliau kian dikenali komuniti setempat. 

“Saya dapati majoriti penduduk menyenangi kehadiran beliau kerana Altimet memiliki kualiti calon yang diinginkan. Beliau tak kekok bergaul dengan orang ramai, malah senang pula didekati. 

“Maklum balas yang saya terima, beliau banyak membantu menyelesaikan masalah dihadapi penduduk walaupun ada antaranya perlu mengambil masa,” katanya. 

Altimet (kiri) digemari penduduk setempat kerana tidak kekok mendekati mereka
Altimet (kiri) digemari penduduk setempat kerana tidak kekok mendekati mereka

Kualiti tersebut jelas Ramanan, semakin sukar didapati mutakhir ini kerana ramai calon memilih untuk bertanding semata-mata demi mengaut kepentingan peribadi. 

“Semua kerja yang dilakukan Altimet itulah yang berjaya menambat hati penduduk. 

“Mereka bukan mahu atau perlukan calon yang kaya-raya. Apa yang diperlukan adalah calon yang membantu membawa suara mereka dan memperjuangkan isu setempa,” katanya. 

Tegas beliau, calon sebenar tidak akan menghabiskan masa dengan hanya berpolitik sehingga mengabaikan keperluan pengundi. 

“Apa guna jika asyik berpolitik dan selepas itu menuding jari menyalahkan pihak lain,” bidasnya, tajam. 

DUN Lembah Jaya bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Altimet dan Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang mewakili Perikatan Nasional (PN). 

Menawarkan lima teras yang antara lain mencakupi keperluan golongan belia, kerjaya, perkhidmatan dan prasarana, manifesto disediakan Altimet disifatkan amat relevan dengan keperluan semasa. 

Beliau sebelum ini dipetik sebagai berkata, visinya adalah untuk membangunkan DUN Lembah Jaya menjadi lokasi strategik yang berdaya saing, lestri dan sejahtera. - Getaran, 9 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki