web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN: Jumlah Kenderaan Dijangka Meningkat Sehingga 1.9 Juta Sabtu Ini - PLUS

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 12:34PM

PLUS menasihatkan orang ramai merancang perjalanan menjelang hari pengundian pada Sabtu ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau lokasi pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini diingatkan merancang perjalanan susulan peningkatan trafik dijangka mencecah sehingga 1.9 juta kenderaan sehari di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata pengguna lebuh raya dijangka akan menghadapi tempoh perjalanan yang lebih panjang di lebuh raya berikutan peningkatan kenderaan antara 11 hingga 12 Ogos ini berbanding hari-hari biasa.

“Bagaimanapun bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selesa, PLUS sudah membuat persediaan merangkumi aspek pengurusan operasi serta kemudahan lebuh raya di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (RnR) agar kesemuanya berada pada tahap yang terbaik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, PLUS juga menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf atau pembinaan yang memerlukan penutupan lorong di lebuh raya bermula 11 hingga 13 Ogos, kecuali melibatkan kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.

"Selain itu, PLUS juga memastikan semua kemudahan awam seperti tandas, surau serta stesen minyak di kawasan RnR serta hentian sebelah beroperasi 24 jam sehari untuk menampung kehadiran pengunjung," katanya.

Pengguna lebuh raya juga digalakkan untuk berhenti rehat setiap dua jam pemanduan dan menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan oleh rakan niaga kami di RnR sebelum menyambung semula perjalanan.

Beliau berkata maklumat trafik juga boleh diperoleh dengan memuat turun Aplikasi PLUS, atau mengikuti akaun Twitter@PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih dan talian PLUSLine di 1800-88-0000. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

4

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi