web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dipecat Bukan Halangan, KJ Tetap Kempen Untuk Sahabat Baik

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 9:39PM

Khairy Jamaluddin tetap turun padang membantu kempen sahabat baiknya walaupun sudah dipecat sebagai ahli UMNO - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemecatan sebagai ahli UMNO tidak menghalang bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk turun berkempen bagi pihak sahabatnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Kelibat beliau mengiringi sahabatnya itu di pekan lama Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini dimuat naik menerusi video di aplikasi TikTok.

Sempat berhenti untuk menjawab pertanyaan pengunjung, mantan Menteri Kesihatan tersebut berkata, Reezal Merican ialah calon terbaik untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam.

“Beliau ada pengalaman sebagai MP (Ahli Parlimen), menteri dan sebagai pemimpin hebat dalam UMNO.
Dulu dalam Pemuda (UMNO) waktu saya Ketua Pemuda Malaysia, beliaulah Ketua Penerangan Pemuda UMNO dan pernah juga menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Jadi untuk orang muda di Bertam ni, yang faham dan menghayati jiwa orang muda, yang akan membantu selesaikan masalah hampa semua adalah Datuk Seri Reezal Merican,” katanya.

Khairy memberitahu, pengundi perlu memilih seorang pemimpin berpengalaman yang boleh melaksanakan mandat diberi dengan baik.

@hermyrahim

Come on Reezal Merican

♬ original sound - Hermy

“Okay untuk undi 18, mungkin ini adalah kali pertama atau kali kedua anda mrngundi, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lepas.

“Kita kena cari seorang pemimpin yang bukan hanya pandai cakap, yang bukan hanya tunggang gelombang politik, yang fashionable, tetapi orang yang ada pengalaman,” katanya.

Reezal Merican jelasnya lagi, adalah calon terbaik yang masih ‘berjiwa muda’.

“Percayalah abang KJ bagitau, bahawa ini adalah pemimpin yang walaupun dah lama tqpi masih berjiwa muda.

You want to settle your problems, you want somebody who can solve your problems, Reezal Merican is the man (anda mahu menyelesailkan masalah, anda mahu seseorang yang boleh membantu menyelesaikan masalah, Reezal Mericanlah orangnya),” latanya.

Menerusi video sama, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu yang jelas terharu dengan ucapan dibuat Khairy memeluk sahabatnya sambil disambut tepukan penyokong.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini, Reezal Merican bakal menentang Khalid Mehtab Mohd Ishaq dari Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang. - Getaran, 10 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 1 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang