web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PM, Isteri Mengundi Di SK Penanti

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 11:03AM

Anwar Ibrahim dan isteri hadir di SK Penanti untuk mengundi - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PERMATANG PASIR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti di sini pada jam 9.03 pagi untuk mengundi. 

Beliau sempat bersalaman dengan orang ramai, malah ada yang mengambil kesempatan untuk berswafoto dengan Perdana Menteri. 

Pasangan terbabit kemudiannya membuang undi, sebelum sekali lagi meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pengundi. 

 Calon Pakatan Harapan (PH), Muhamad Faiz Fadzil dari AMANAH bakal mempertahankan kerusi DUN itu dan beliau berdepan cabaran Amir Hamzah Abdul Hashim dari Perikatan Nasional. 

Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan pengundi sejurus tiba di SK Penanti - gambar PMO
Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan pengundi sejurus tiba di SK Penanti - gambar PMO

Muhamad Faiz memenangi kerusi berkenaan pada 2018 dengan majoriti 2,981 undi untuk menewaskan pesaing, Muhammad Fauzi Yusof (PAS) dan Anuar Faisal Yahaya (Barisan Nasional). 

DUN Permatang Pasir ialah satu daripada tiga kerusi di bawah Parlimen Permatang Pauh. 

Dua lagi kerusi ialah DUN Seberang Jaya dan Penanti. 

Ketiga-tiga kerusi berkenaan dimenangi PH pada pilihan raya umum yang lalu. 

Sementara itu di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turut dilihat membuat tinjauan di beberapa saluran mengundi negeri itu. 

 Beliau juga dilihat mengambil swafoto bersama pengundi dan media. 

“Setakat ini proses pengundian berjalan lancar dan tersusun,” katanya. - Getaran, 12 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki