web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 6:11PM

Dua petugas menutup peti mengandungi kertas undi sebaik semua pusat pengundian ditutup jam 6 petang tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang bermula 8 pagi tadi berakhir dengan kesemua 61 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 362 saluran iaitu 294 di Parlimen Pulai dan 68 di DUN Simpang Jeram, akan dibawa ke dua pusat penjumlahan undi seawal 7.20 malam sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Penjumlahan undi bagi Parlimen Pulai dilakukan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini manakala bagi DUN Simpang Jeram ialah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata proses penjumlahan undi dijangka selesai seawal 8.30 malam.

Sementara itu, sebanyak 304 kertas undi pos turut dikeluarkan oleh SPR bagi PRK di kedua-dua kerusi.

Kira-Kira 90 peratus atau 831 orang daripada 927 pengundi awal yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 5 Sept lepas.

Mengikut data SPR, secara keseluruhan terdapat sejumlah 166,653 pengundi di Parlimen Pulai dan 40,379 pengundi di DUN Simpang Jeram.

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin menang di Parlimen Pulai dengan majoriti undi 33,174 manakala bagi DUN Simpang Jeram, beliau menang dengan majoriti undi sebanyak 2,399.

PRK di kedua-dua kerusi menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Calon PH Suhaizan Kaiat, Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) berentap di Parlimen Pulai manakala Nazri Abdul Rahman (PH), Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan S. Jeganathan (Bebas) di DUN Simpang Jeram. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki