web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 8:10PM

Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi bersama Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. gambar Facebook MUDA.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – MUDA tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN). 

Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) parti itu tidak pernah berbincang mengenai penyertaan mereka ke dalam blok pembangkang. 

“MUDA juga tidak pernah menghantar sebarang permohonan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi untuk menyertai PN,” katanya. 

Kenyataan tersebut sekali gus menafikan ura-ura kononnya parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu bakal menyertai gabungan PN, walaupun sebelum ini memutuskan untuk bergerak sebagai pembangkang kuasa ketiga selepas menarik diri daripada blok kerajaan. 

Ura-ura tersebut timbul susulan kenyataan dibuat Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau bahawa partinya akan membawa usul mengenai penyertaan MUDA pada mesyuarat tertinggi PN, yang dijangka diadakan sebelum Hari Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai. 

Jelas Dominic, pihaknya percaya penyertaan MUDA akan memantapkan lagi jentera pembangkang, apatah lagi pendirian dan ideologi parti terbabit selari dengan matlamat perjuangan PN iaitu gabungan berintegriti yang anti rasuah. 

Dominic memberitahu, walaupun perbincangan rasmi belum diadakan, namun senyuman diberikan Syed Saddiq ketika diajukan perkara itu membayangkan sesuatu yang positif. 

Dalam perkembangan berkaitan, Amir Hadi berkata, sebarang kenyataan yang mengaitkan penyertaan MUDA ke dalam PN bukan dari MUDA atau mewakili parti berkenaan. 

Komitmen MUDA katanya, adalah memperkukuh kuasa ketiga dalam politik Malaysia serta menjadi semak dan imbang kepada kerajaan. 

“Pada masa yang sama, kami menolak penggunaan isu kaum dan agama yang melampau untuk kepentingan dan tujuan politik,” katanya. 

Syed Saddiq pada 10 September lalu mengumumkan pengunduran MUDA dari blok kerajaan, selepas gagal bersetuju dalam beberapa keputusan. 

Ia termasuk keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi. - Getaran, 16 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Semasa 10 bulan yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Politik 11 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad