web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 9:40AM

Pilihan Raya Kecil DUN Jepak melibatkan 22,731 pengundi berdaftar - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Sebanyak 22,731 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak hari ini.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 45 saluran dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang manakala tiga lagi pada 4 petang.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 73 kertas undi pos kepada pemilih berdaftar yang layak termasuk 43 anggota dan pegawai polis bagi PRK berkenaan.

Tempoh kempen PRK Jepak berlangsung selama dua minggu sejak 21 Okt lepas. 

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah pada sebelah pagi dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan pada sebelah petang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK ini mencapai 65 peratus.

Semasa meninjau persiapan SPR di Pusat Penjumlahan Undi PRK Jepak di Dewan Suarah di sini pada Khamis, beliau berkata keputusan dijangka diumum pada 9 malam.  

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya untuk hampir enam penggal, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip daripada GPS pada 15 Sept lepas.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang diadakan pada Disember 2021, Allahyarham Talib yang menyandang kerusi DUN Jepak sejak 1996 berjaya mempertahankannya dengan memperoleh majoriti 4,243 undi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki