web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 6:41PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Seramai 400 pelajar yang bakal menduduki Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) di sini Sabtu ini, dinasihatkan keluar awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan susulan penutupan jalan sempena penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata, pihaknya akan menutup beberapa jalan utama di sekitar bandar Chukai bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari tersebut bagi melancarkan proses penamaan calon di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman. 

"Untuk melancarkan proses demokrasi ini, polis telah diberi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan keamanan di kawasan sekitar. Beberapa laluan akan ditutup secara kekal, berkala dan polis akan menyediakan laluan alternatif bagi kelancaran trafik. 

"Antara laluan yang ditutup secara kekal adalah Jalan Chukai-Ayer Putih dari lampu isyarat bandar Chukai sehingga pusingan U Wisma Kopkem, Jalan Padang dan Jalan Sentosa, manakala yang ditutup secara berperingkat pula antaranya laluan bermula di lampu isyarat bandar Chukai sepanjang perarakan berlangsung," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Hanyan berkata, pihaknya akan membenarkan perarakan berkenderaan oleh calon, wakil saksi dan 30 orang yang mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hingga ke Pusat Penamaan Calon (PPC) sekiranya hujan. 

"Yang tiada pas SPR pula boleh berkenderaan untuk mencari parking sekitar PPC dan berkumpul pada jarak 50 meter (m) dari pintu masuk PPC," katanya yang menjangkakan kehadiran 10,000 penyokong.

Hanyan turut mengingatkan kesemua yang hadir untuk mengekalkan tahap disiplin tinggi selaras Akta Perhimpunan Aman 2012. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki