web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berhentilah Bodohkan Rakyat, Henti Timbulkan Tuduhan Jahat Pada Kerajaan - Mujahid

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 9:01PM

Dr Mujahid Yusof Rawa - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS diingatkan agar berhenti memberi alasan dangkal dan memperbodohkan rakyat, semata-mata untuk menutup kekurangan sendiri.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu perlu menghentikan perbuatan menimbulkan tuduhan jahat terhadap kerajaan. 

Menurut beliau, PAS selaku pihak berorientasikan Islam seharusnya tampil sebagai parti politik yang mengamalkan tagline mereka sendiri iaitu mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera. 

“Perhimpunan diadakan parti itu hari ini yang kononnya berlatarkan perjuangan menyelamatkan undang-undang syariah telah bertukar menjadi medan bermain politik.

“Timbalan Presiden PAS (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) hari ini bukan sahaja mengeluarkan kenyataan mahu menawan Putrajaya, tetapi mendakwa dia ‘tidak tahu’ tentang kes ini sebelum ini.  Kenyataan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi langsung tidak munasabah,” katanya.

Tuan Ibrahim Tuan Man - gambar fail
Tuan Ibrahim Tuan Man - gambar fail

Mujahid yang juga Pengerusi AMANAH Perak turut mempersoalkan rasional PAS dan Perikatan Nasional (PN) mendiamkan diri selama ini.

“Adakah PN dan Pas baru ‘tersedar dari lena’ selepas tidak lagi menjadi kerajaan? Sebagai kerajaan yang memerintah pada 2022, PN mempunyai akses kepada maklumat berkaitan urusan negara. 

“Apakah alasan mereka berpeluk tubuh pada waktu itu dan menimbulkan perkara ini sekarang? Adakah selama 33 bulan, Pas tidak mempunyai 'masa' untuk ‘memahami’ lebih jelas sama ada perkara ini mengancam kedaulatan Islam,” bidasnya.

Jelas Pengerusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) itu, blok pembangkang tidak perlu menanam persepsi dan menuduh seolah-olah kerajaan tidak menjaga undang-undang syariah negara.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat katanya lagi, telah mengingatkan semua pihak supaya menegakkan prinsip undang-undang dan tidak membuat sebarang kenyataan yang bersifat menghasut. 

“Yang Arif Tun Tengku Maimun juga menegaskan bahawa tidak timbul persoalan sama ada pihak pempetisyen mahupun mahkamah ingin menidakkan atau merendahkan kedudukan agama Islam di negara ini. 

“Hormatilah undang-undang dan cukup-cukuplah berpolitik. Perkara berkaitan undang-undang Syariah ini boleh diselesaikan secara berobjektif dan kolektif tanpa perlu menyebarkan fitnah dan menunggang isu agama,” tegasnya.

Himpunan Selamatkan Syariah dan majlis solat hajat di perkarangan Istana Kehakiman pagi tadi dilaporkan dihadiri lebih 1,000 peserta, dengan majoriti mereka adalah penyokong serta pemimpin blok pembangkang.

Peserta Himpunan Selamatkan Syariah menunaikan solat hajat di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya - gambar Pemuda PAS
Peserta Himpunan Selamatkan Syariah menunaikan solat hajat di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya - gambar Pemuda PAS

Perhimpunan anjuran PN itu diadakan bagi membantah tindakan dua individu, iaitu peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman yang memfailkan petisyan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Nik Elin Zurina, 62, dan Tengku Yasmin Natasha, 26, memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 18 Seksyen Kesalahan Jenayah Syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah. - Getaran, 20 November 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 6 bulan yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

4

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'