web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Politiking Berterusan Hanya Akan Rugikan Rakyat, Negara - Hajiji

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 8:08AM

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika menerima kunjungan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di pejabatnya di Kota Kinabalu. gambar FB Amirudin Shari 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang terus-terusan bermain politik demi kepentingan mereka, atau politiking, hanya akan merugikan rakyat dan negara, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata, beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab itu, sebaliknya hanya mahu terus fokus untuk merealisasikan dan memenuhi aspirasi rakyat yang mendambakan kemajuan, pembangunan serta kesejahteraan hidup.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah itu berkata, Kerajaan Perpaduan yang ada ketika ini juga berfungsi dengan cukup baik dan berkesan justeru itu, ia perlu terus didukung sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat serta kesinambungan pembangunan ekonomi negara.

"Sekarang ini adalah masanya untuk bekerja, berkhidmat dan berbakti bagi memenuhi aspirasi rakyat. 

"Kerajaan negeri juga akan sentiasa bersama-sama pimpinan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuang serta membela nasib rakyat demi kemajuan dan kesejahteraan negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor ke Sabah yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Hajiji berkata, Sabah tetap komited untuk terus menyokong kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang cubaan untuk mengganggu-gugat pentadbiran negara ketika ini.

"Pendirian ini kita tegaskan lagi setelah mendengar desas-desus wujudnya Langkah Dubai, konon untuk menukar Kerajaan Persekutuan. Kita terus bekerja untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat sehingga penggal kerajaan (negeri Sabah) sekarang berakhir pada September 2025," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kekalkan Hajiji Ketua Menteri Sabah, Beri Ruang Beliau Selesaikan Masalah - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global