web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Amalan Dalam Islam Yang Disarankan Ketika Berpindah Ke Rumah Baharu

Tidak ada amalan khusus yang diperintahkan syarak ketika memasuki rumah baharu. Namun, untuk kebaikan semua kami kongsikan lima amalan yang disarankan.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 4:44PM

Gambar hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap individu pasti mengimpikan untuk tinggal di rumah sendiri. 

Biasanya mereka yang berpindah ke rumah baharu yang dibeli atau disewa pasti ada perlbagai perkara yang ingin dilakukan. 

Walau bagaimanapun, setiap budaya biasanya mempunyai amalan berbeza tatkala berpindah ke kediaman baharu. 

Segmen Refleksi kali ini berkongsi lima amalan menurut ajaran Islam yang disarankan ketika berpindah ke rumah baharu.

Gambar: Monstera, Pexels
Gambar: Monstera, Pexels

Membersihkan Rumah

Tidak kiralah sama ada anda membeli atau menyewa rumah, sebelum memasukkan barang-barang keperluan, pastikan seluruh kawasan dalam luar kediaman itu dibersihkan terlebih dahulu. 

Ini termasuk mencuci lantai, mengemas kawasan sekeliling, memotong rumput bagi rumah yang ada halaman dan seumpamanya. 

Ini kerana rumah yang tidak berpenghuni pasti mempunyai gumpalan habuk dan debu yang tebal di atas lantai, siling atau sudut-sudut penjuru rumah. 

Selain itu, ia bagi mengelakkan didatangi haiwan berbisa yang tinggal di kawasan semak samun serta mengelakkan jangkitan penyakit seperti demam denggi dan pelbagai lagi. 

Langkah-langkah ini dapat membantu menjamin keselamatan individu yang menghuni kediaman tersebut dan menghindari penyebaran penyakit tidak diingini.

Gambar: Rodnae Productions, Pexels
Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Baca Surah Al-Baqarah

Surah al-Baqarah merupakan surah terpanjang dalam kitab Al-Quran dan mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan setiap hari. Malah, bacaan surah ini sangat disarankan apabila berpindah ke rumah baharu sebagai cara memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang kejahatan dan gangguan jin serta syaitan.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah

Hadis Riwayat Muslim (780)

Gambar: Michael Burrows
Gambar: Michael Burrows

Menunaikan Solat Sunat Keluar Dan Masuk Rumah

Sebagai umat Islam, solat menjadi kewajiban walau di mana sahaja kita berada. Selain solat wajib lima waktu, mereka yang berpindah ke rumah baharu, disarankan menunaikan solat sunat sebelum keluar dan selepas memasuki rumah. 

Solat sunat ini bertujuan memohon perlindungan Allah daripada keburukan di luar umah dan menghalang keburukan memasuki dalam rumah. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

Maksudnya: “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu daripada keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.”

Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah

Gambar: George Becker, Pexels
Gambar: George Becker, Pexels

Membaca Bismillah, Berzikir Dan Berdoa Ketika Membuka Atau Menutup Pintu

Perkara ini amat mudah untuk diamalkan kerana pintu utama rumah adalah bahagian yang paling kerap dilalui saat keluar dan masuk rumah. Mulakan dengan membaca bismillah, berzikir secara ringkas dan berdoa.

Lakukan perkara tersebut dengan niat supaya setiap kali anda keluar dan masuk dari rumah, tiada syaitan yang akan mengekori dan menumpang di dalam rumah. Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya: “Tutuplah pintu dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).”

Hadis Riwayat Bukhari (3304), Muslim (2012) dan yang lainnya.

Memberi Salam

Umat Islam disunatkan untuk memberi salam ketika memasuki kediaman tanpa mengira sama ada terdapat penghuni atau tidak  di dalamnya.

Ia sebagai tanda menghormati makhluk-makhluk Allah SWT selain daripada manusia yang berkemungkinan tinggal di tempat tersebut sebelum ini. 

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma berkata:

إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.

Maksudnya: "Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh."

Hadis riwayat al-Bukhari (1055) dalam al-Adab al-Mufrad. - Getaran, 4 Mac 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah

Gambar: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Rumah Warisan Mahaguru Gayung Akan Dibina Semula - Megat Zulkarnain

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN