web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tip Mencari Pekerjaan Di Zaman Serba Mencabar

Memang tidak mudah memburu peluang pekerjaan ketika ini, tetapi masih ada cara untuk berjaya.

Refleksi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2024 4:00PM

Dengan perkembangan teknologi, banyak peluang pekerjaan yang mungkin kita tidak ketahui kewujudannya.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari pekerjaan di era ini bukanlah satu perkara mudah. Ia bagaikan satu perjuangan yang panjang. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ia mewujudkan kadar persaingan yang tinggi.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Januari lalu mendedahkan Malaysia mempunyai 569,200 orang penganggur pada November 2023. Jadi tidak hairanlah jika anda ataupun orang di sekeliling anda masih tidak berjaya mendapat perkerjaan yang diperlukan.

Biarpun payah, janganlah mudah berputus asa. Mungkin anda perlukan strategi baharu dalam memburu peluang.

Bagi mereka yang masih berusaha untuk mencari pekerjaan, berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda menghadapi masa sukar dalam pencarian kerja:

1) Sediakan resume menarik

Ini adalah portfolio anda untuk ‘menjual diri’. Jadi jangan sesekali abaikan benda yang paling penting ini. Majikan akan menjadikan resume ini sebagai rujukan pertama untuk menilai potensi anda.

Pastikan resume anda menonjolkan pengalaman terkini serta pencapaian yang relevan dengan pekerjaan yang ingin dipohon. Selain itu, sertakan maklumat mengenai kemahiran dan pencapaian tambahan yang telah anda peroleh melalui latihan atau sumbangan sukarela.

Tidak perlu huraian panjang berjela, pastikan ia ringkas dan padat serta mudah dibaca.

Pastikan resume anda menonjolkan pengalaman terkini serta pencapaian yang relevan dengan pekerjaan yang ingin dipohon.
Pastikan resume anda menonjolkan pengalaman terkini serta pencapaian yang relevan dengan pekerjaan yang ingin dipohon.

2) Jangan memilih-milih, pentingkan fleksibiliti

Anda perlu berfikiran terbuka dan kekal fleksibel dalam pencarian kerja. Walaupun keselamatan pekerjaan adalah faktor penting yang harus diutamakan, anda perlu memahami bahawa ekonomi hari ini masih tidak stabil.

Jangan terlalu memilih kerana sikap ini akan menyebabkan pengangguran yang berterusan. Ingatlah bahawa pengetahuan tentang sesuatu pekerjaan atau industri sememangnya penting, tetapi kemahiran praktikal juga mampu menambah nilai anda sebagai seorang pekerja!

3) Latih kemahiran dan terus belajar

Pembinaan kemahiran yang pelbagai dapat meningkatkan daya tarikan anda kepada para majikan. Menambah kemahiran bukan sekadar dapat meningkatkan kebolehan dalam jawatan sedia ada, malah jawatan seterusnya yang diimpikan, dan paling penting, perjalanan kerjaya anda di peringkat jangka panjang.

Menambah kemahiran dan mempelajari kemahiran baru adalah satu-satunya cara untuk kekal relevan dalam industri pekerjaan yang ingin diceburi. Contohnya, wartawan kini bukan hanya perlu bijak menulis, bahkan perlukan kemahiran untuk menyunting video pendek untuk laporan di media sosial.

Proses pembelajaran ini perlu dilakukan secara berterusan, dari semasa ke semasa bagi memastikan kemahiran yang anda miliki menepati trend semasa dalam industri yang diceburi.

4) Motivasi adalah kunci kejayaan

Tetapkan sasaran yang kukuh dan fahami apa yang anda inginkan dengan memberi tumpuan kepada peluang yang wujud dalam dunia pekerjaan dan pengajian.

Jangan menahan diri dan teruskan motivasi untuk mencapai matlamat baharu. Anda pasti akan lebih bahagia pada akhirnya. Motivasikan diri untuk berjaya kerana kejayaan itu mampu membawa kebahagiaan yang tak terkira.

5) Berfikir di luar kotak dan buat kajian

Dengan perkembangan teknologi, banyak peluang pekerjaan yang mungkin kita tidak ketahui kewujudannya. Jadi, anda perlu buat banyak kajian, berfikiran di luar kotak untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Sebagai contoh, adakah anda tahu apa itu pembantu maya peribadi,  backend developer atau penasihat etika kecerdasan buatan  (AI)? Pekerjaan ini tidak sepopular pekerjaan lain, tetapi ia mendatangkan pendapatan lumayan.

Selamat maju jaya! – Getaran, 19 Julai, 2024

Foto : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Peluang Pendidikan: KPM Jamin Tidak Pinggir Mana-Mana Kaum

2

TARA 1 tahun yang lalu

Menyediakan Curriculum Vitae (CV) Merumitkan? - AI CV Maker Sedia Membantu Mereka Yang Ingin Cari Peluang Kerja 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: PN Kemuka Tawaran Bentuk Kerajaan Prihatin, Bersih Dan Stabil

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengurusan Organisasi Perlu Diberikan DET, Sokong Pencari Kerja OKU - Ras Adiba

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN