web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

Refleksi Dikemaskini 5 jam yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2024 2:46PM

Lebih 1/3 daripada rakyat Malaysia berdepan cubaan penipuan kewangan tahun ini - Gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Laman web perbandingan kewangan, RinggitPlus pada Khamis mengeluarkan keputusan Tinjauan Celik Kewangan Malaysia (RMFLS) 2024, iaitu kajian tahunan yang mengkaji tabiat, cabaran dan prospek kewangan rakyat Malaysia.

Keputusan tahun ini menemukan peningkatan dalam pelbagai penunjuk utama, dengan tanda-tanda perubahan menaik untuk keselamatan dan kesejahteraan kewangan. 

Namun, keputusan juga menekankan keperluan yang semakin meningkat untuk celik kewangan digital yang lebih mantap di seluruh negara. 

Berikut adalah sorotan utama hasil tinjauan yang menarik untuk pengetahuan umum.

1. Semakin Kurang Terpedaya Dengan Penipuan Kewangan

Pada tahun 2024, lebih 1/3 daripada rakyat Malaysia (38 peratus) dilaporkan mengalami cubaan penipuan kewangan yang lebih sedikit berbanding dengan tahun lalu.

Jumlah keseluruhan mereka yang mengalami cubaan sedemikian berkurang kepada 86 peratus daripada 94 peratus iaitu jumlah besar yang dilaporkan pada 2023. 

Perkembangan ini menandakan peningkatan yang ketara, membuktikan bahawa usaha kesedaran anti penipuan yang dipacu oleh badan-badan kerajaan sedang membuahkan hasil. 

Malah, 56 peratus responden memuji kempen kesedaran ‘Jangan Kena Scam’ yang dijalankan di seluruh negara kerana membantu mereka mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.

Tinjauan RMFLS juga menemukan dapatan bahawa sehingga 32 peratus rakyat Malaysia mengakui ketidakpastian atau kekurangan pengetahuan tentang tindakan yang perlu diambil atau pihak yang perlu dihubungi apabila berhadapan dengan situasi penipuan kewangan lazim, termasuk penipuan penyamaran atau pemberitahuan transaksi penipuan.

2. Semakin Ramai Memilih Pengurusan Kewangan Secara Digital/Dalam Talian

Rakyat Malaysia semakin menerima alat digital dalam kewangan peribadi mereka. Seramai 95 peratus responden menggunakan sekurang-kurangnya satu e-dompet (meningkat daripada 91 peratus pada 2023 dan 89 peratus pada tahun 2022). 

Seramai 45 peratus lagi memegang akaun dengan sekurang-kurangnya satu bank digital, dan 26 peratus merancang untuk membuka satu akaun digital dalam jangka masa terdekat. Pembelian insurans dan takaful secara dalam talian juga semakin meningkat, dengan 29 peratus memilih kaedah ini.

Pergantungan pada media sosial sebagai sumber utama maklumat kewangan juga semakin ketara, dengan markah kepercayaan untuk platform sosial meningkat daripada 3.7 kepada 4.0 secara tahunan. 

Terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan celik kewangan digital dan memastikan rakyat Malaysia mempunyai pelbagai sumber yang diperlukan oleh mereka untuk memerangi maklumat salah dan penipuan.

3. Lebih Ramai Yang Mula Menyimpan Pada Setiap Bulan

Buat kali pertama sejak COVID-19, tiga metrik utama dalam RMFLS menyaksikan trend yang positif. Pertama, rakyat Malaysia mula menyimpan lebih banyak pada setiap bulan, dengan bilangan responden yang menyimpan lebih RM500 sebulan meningkat kepada 33 peratus (berbanding dengan 29 peratus pada tahun 2023). 

Selain itu, 39 peratus responden menyatakan mereka boleh bertahan selama empat bulan atau lebih sekiranya berlaku kehilangan pendapatan, meningkat daripada 33 peratus pada tahun lepas. Akhir sekali, 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang lebih baik berbanding dengan tahun lepas.

4. Ramai Wanita Menyimpan Lebih RM500 Sebulan

Satu lagi sorotan penting ialah bagaimana wanita Malaysia menjadi kurang mudah terjejas dari segi kewangan, menunjukkan peningkatan secara tahunan dalam pelbagai metrik penting. 

Peningkatan tiga peratus dalam kalangan wanita yang menyimpan lebih RM500 sebulan, peningkatan lapan peratus dalam kalangan wanita yang boleh bertahan tanpa pekerjaan selama empat bulan atau lebih.

Selain itu, berlaku juga peningkatan enam peratus dalam kalangan wanita yang telah mula merancang kewangan untuk persaraan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tinjauan Celik Kewangan Malaysia RinggitPlus 2024, sila layari RinggitPlus atau saluran media sosial RinggitPlus (InstagramFacebook dan TikTok). - Getaran, 27 September 2024

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

2

Refleksi 2 bulan yang lalu

Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

oleh Rahayu MN