web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Asmidar Akui Tidak Pernah Dapat Tawaran Sertai Gegar Vaganza

Acap kali diasak soalan oleh peminat bila dirinya akan sertai program Gegar Vanza, Asmidar menjelaskan setakat ini dia belum pernah dapat tawaran daripada pihak produksi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 8:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi berbakat besar, Asmidar, 35, mengakui tidak pernah mendapat tawaran untuk menyertai program nyanyian popular, Gegar Vaganza biarpun peminatnya seringkali bertanya soalan itu.

Menurutnya yang popular dengan lagu 'Biar Sampai Ke Bintang' ini, dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya mahu menyertai program berkenaan.

“Sudah beberapa tahun orang asyik sebut nama saya setiap kali Gegar Vaganza muncul. Bagaimanapun, tawaran belum ada. Sejujurnya saya sendiri tidak tahu cara untuk menyertai program ini.

"Apa yang saya dengar ada pihak yang akan panggil menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu," katanya sewaktu ditemui di majlis pelancaran restoran Dulang Kafe cawangan Kelana Jaya.

Tambah pemenang pertandingan 'Vokal Bukan Sekadar Rupa' musim pertama ini, dia juga teringin untuk mencuba nasib jika ada rezeki tetapi setakat ini masih belum berpeluang.

Biarpun sudah 10 tahun menjadi penyanyi, nama Asmidar seakan tenggelam timbul dalam arena seni tempatan. Kata Asmidar, mungkin dirinya kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan rakan-rakan artis lain walaupun mempunyai lagu baru setiap tahun.

“Saya ada keluarkan single untuk beberapa tahun. Kebanyakan lagu-lagu ini menjadi runut bunyi drama tempatan. Setiap kali drama itu ditayangkan, lagu saya turut menjadi perhatian,” ujarnya.

Ditanya adakah dia kecewa apabila lagu-lagu nyanyiannya tidak mendapat perhatian pendengar muzik Malaysia, Asmidar mengakui akan hakikat itu.

“Memang agak kecewa, saya manusia biasa. Saya telah kerja keras masuk studio, buat muzik video sudah tentu saya akan rasa kecewa jika lagu tidak dapat sambutan. Apatah lagi lagu-lagu yang saya dapat sangat berkualiti dan sedap. Namun, itu tidak menandakan saya perlu berhenti di sini. 

"Memang ramai cakap saya sendu. Ya, saya memang sendu kerana sudah lama tidak muncul di kaca televisyen. Tetapi apa yang penting bagi saya adalah saya tidak berhenti,” luahnya. 

Foto: Instagram @asmidarisme

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

TARA 1 tahun yang lalu

Jom Tayang Jari Berdakwat Biru, Rebut 10 Tawaran F&B Sempena PRN

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Lagu ‘Dia Datang’ Abad ke-21, Loque Tampil Membawa Nafas Baharu Dengan Menyuntik Elemen Gamelan Melayu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN