web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


“Buah Pinggang Stabil, Tapi Kena Jaga Makan Minum” – Along Eyzendy

Along yang mendapat buah pinggang baharu daripada isterinya mengakui bahawa suri hatinya kini cepat penat berbanding sebelumnya, namun mereka berdua sihat.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 7:59PM

Gambar Instagram Along Eyzendy

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Along Eyzendy mengakui sejak melakukan pemindahan buah pinggang kira-kira setahun yang lalu, keadaan dirinya semakin baik, namun pada masa yang sama, dia terpaksa menjaga pemakanannya.

“Buah pinggang saya tidak boleh kering air. Kalau kering air serta menjejaskan bacaan darah, bila-bila masa sahaja doktor akan tahan saya di rumah sakit.  

“Tetapi, selalunya saya akan ditahan selama sehari dua sahaja. Kemudian, doktor akan bebaskan saya untuk pulang. 

“Disebabkan hal itu, saya terpaksa memaklumkan keadaan diri saya kepada pihak produksi yang mahu menawarkan saya berlakon dalam drama mereka. 

“Kalau mereka okey, okeylah. Kalau mereka tidak okey, saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada Getaran. 

Along yang juga seorang tenaga pensyarah sambilan di ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) untuk subjek Mak Yong bagaimanapun memberitahu bahawa kondisi yang dialaminya itu tidak mengganggu sama sekali kerjayanya sebagai pelakon dan pendidik. 

“Asalkan, cukup masa saya minum, buang air kecil dan elakkan makan makanan yang sudah lama dimasak serta tidak mempunyai bakteria, saya okey. 

“Cuma saya akan elakkan untuk menjayakan penggambaran drama yang lama di luar Kuala Lumpur. Saya takut kena jumpa doktor. 

“Makin saya sibuk, makin saya kena jaga,” katanya yang kini menjayakan penggambaran drama bersiri ‘Epilog Tiga Naga’ untuk stesen televisyen Awesome TV . 

Biarpun berhadapan keadaan itu, namun Along positif bahawa dia akan pulih sepenuhnya suatu hari nanti. 

“Saya lihat sendiri, kebanyakan orang yang lalui penyakit macam saya telah pun pulih. Salah seorang daripadanya adalah abang Imuda. 

“Dia pun melakukan pembedahan buah pinggang macam saya. Saya nampak dia okey saja. Kalau lambat sembuh tu, biasalah faktor usia.

“Sekarang dia sudah sihat dan sudah aktif bekerja semula. Tak mustahil saya juga akan kembali sihat semula seperti dia. 

“Sebetulnya, doktor minta saya rehat selama dua tahun, bermula selepas pembedahan. Tapi nak buat macam mana, waktu PKP, kita sudah dua tahun ‘berehat’. 

“Mahu tak mahu, sekarang kena kerja juga. ASWARA pun memahami keadaan saya dan turut membantu mengatur jadual waktu saya,” katanya lagi. 

Mengenai kondisi isterinya yang telah mendermakan buah pinggang kanan untuk pembedahannya itu, Along berkata, dia bersyukur kerana suri hatinya itu juga berada dalam keadaan sihat. 

“Isteri saya diberikan kebenaran untuk memindahkan buah pinggang kanannya ke buah pinggang kiri saya kerana buah pinggangnya berfungsi dengan baik. 

“Dia okey. Dia keluar wad seminggu selepas pembedahan, saya pula sebulan. Tapi, saya perhatikan dia sekarang cepat penat dan senggugutnya juga datang semula. 

“Sebelum berkahwin, dia memang ada senggugut. Tapi, selepas kahwin dan dapat anak, senggugutnya hilang. Namun, selepas melakukan pembedahan itu, senggugutnya datang semula,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Along juga bakal menjayakan pementasan teater Moyang Salleh yang bakal dipentaskan di Istana Budaya sempena bulan kemerdekaan nanti. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Jalani Pembedahan Buang Cyst,  Fibroib Hari Ini, Zara Zya Mohon Maaf Pada Semua

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara