web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerana Kasihankan Anak, Syamel Dan Ernie Berlatih Vokal Dalam Kereta Sempena Konsert SE Aku Cinta

Biarpun tinggal serumah, namun kerana kasihankan anak mereka yang baru berusia lapan bulan, Syamel dan Ernie lebih gemar berlatih vokal di dalam kereta.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 2:00PM

Syamel dan Ernie Zakri - Gambar ihsan RocketFuel 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan penyanyi popular iaitu Syamel dan Ernie Zakri mengakui mereka banyak menghabiskan masa bersama untuk berlatih vokal di dalam kereta sempena konsert SE Aku Cinta yang telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad lepas.

Ini kerana mereka enggan melakukan latihan di rumah disebabkan kasihan dengan anak mereka iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia lapan bulan.

“Kami banyak berlatih di dalam kereta. Kerana di rumah agak susah kerana ada anak kami iaitu Khawla. Kesian dia kalau dia nak tidur. Jadi kami akan pasang lagu kuat-kuat dalam kereta dan menyanyi sama-sama,” kata Syamel dan Ernie sewaktu sidang media selepas selesai membuat persembahan di konsert SE Aku Cinta. 

Namun kata Syamel, mereka turut mengadakan sesi latihan bersama Aubrey Suwito selama beberapa sesi sebelum menjelang konsert. 

Gambar ihsan RocketFuel 
Gambar ihsan RocketFuel 

Pada hari konsert itu juga, mereka turut membawa Khawla bersama dan telah memasang buaian di dalam dewan Zepp Kuala Lumpur demi anakanda tercinta.

“Saya (Syamel) yang pasang buaian Khawla. Ini adalah konsert sulung kami. Cerita cinta kami semuanya adalah untuk Khawla. Dia adalah sebab utama wujudnya konsert ini. Dia adalah

pengarang jantung kami. Jadi apa yang kami lakukan pada malam ini semuanya untuk dia,” kongsi Syamel dan Ernie. 

Gambar oleh RocketFuel 
Gambar oleh RocketFuel 

Pada malam konsert itu, Syamel dan Ernie telah menyampaikan 18 buah lagu termasuklah lagu solo dan duet masing-masing. Ernie turut mengundang penyanyi dari Indonesia iaitu Govinda untuk berduet lagu 'Hal Hebat' di penghujung konsert. – Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara