web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'3 Pagi Menangis Saja, Lepas Itu Ketawa' - Noor Kumalasari Dedah Sukarnya Jadi Pelakon

Noor Kumalasari juga menegaskan rupa sahaja tidak mencukupi kerana bakat dan disiplin yang cemerlang akan membawa seseorang itu jauh ke hadapan. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 2:18PM

Noor Kumalasari - Gambar ihsan WHAM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lima dekad yang lalu, bintang legenda Noor Kumalasari Mohamed Taib sering menjadi bualan dan perhatian. Dia adalah permata dalam industri seni dan hiburan tanah air. Sentiasa berkarisma membawakan peranannya baik sebagai supermodel, penyanyi mahupun pelakon. 

Berkongsi pengalamannya di sebuah forum, legenda yang sering disapa sebagai Kak Noor itu mendedahkan betapa berliku dan mencabarnya jalan bergelar seorang pelakon berkaliber sejak penglibatannya pada tahun 1960-an.

“Bagi saya, semua orang dilahirkan berbakat. Namun, melakonkan sesuatu watak di hadapan kamera adalah sesuatu yang berbeza. 

“Penonton akan melihat dan menilai kita. Diri kita dan watak yang kita bawakan adalah perkara yang berbeza. Sebagai pelakon, kita bawa watak orang lain. Kadangkala sampai terbawa-bawa watak itu. 

“Saya perlu masa untuk masuk ke dalam mood. Memang susah menjadi seorang pelakon berkaliber. Nampak sahaja macam senang. 

“Bayangkan jam 3 pagi ada babak yang memerlukan kita menangis saja. Lepas itu kena ketawa pula. Kena mahir untuk switch on dan off,” katanya semasa di temui Getaran di forum Antara Cantik dan Bakat Di Mana Magis Pengukur Kreadibiliti di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Yusof Haslam bersama Noor Kumalasari - Gambar ihsan WHAM
Yusof Haslam bersama Noor Kumalasari - Gambar ihsan WHAM

Ramai menyangka rupa adalah segala-galanya. Kalau ada wajah yang rupawan laluan untuk menjadi seorang bintang pasti lebih mudah. Kak Noor tidak menyangkal dakwaan itu. 

Namun pelakon itu juga menegaskan, rupa sahaja tidak mencukupi kerana bakat dan disiplin yang cemerlang akan membawa seseorang itu jauh ke hadapan. 

“Bila bercakap tentang cantik, kita kena kupas juga apa yang dimaksudkan dengan cantik? Adakah dari wajah sahaja? Cantik dari segi apa? Perangai? Dia menepati masa atau tidak? Hormat orang atau tidak? Kalau muka tak cantik tapi hati cantik, maka cantiklah orangnya.

“Dulu pernah ada seorang lelaki jumpa saya cakap dia minat betul berlakon tapi tak ada rupa. Dia cakap dalam keadaan menangis. Bila tengok dari gaya dia bercakap, memang dia seorang yang boleh berlakon. Saya kata kepada dia yang saya akan berikan nombor dia kepada penerbit. Terpulang kepada penerbit.

“Orang nak tengok kedua-duanya iaitu bakat dan cantik. Kalau tak cantik tapi bakat ada. Maka dia boleh jadi watak utama. Ada orang mungkin nampak dia tak cantik, tapi lakonannya cantik. Itu bakat semula jadinya,” tambahnya lagi.

Nama Noor Kumalasari menjadi sebutan dalam bidang lakonan setelah bakatnya dicungkil membintangi filem-filem arahan Jins Shamsuddin. Daripada berlakon sebagai watak tambahan dia mula menggalas tanggungjawab sebagai watak utama.

Namun kini, kak Noor tidak lagi terlibat dalam bidang lakonan. Kali terakhir dia dilihat menghiasi kaca televisyen adalah menerusi drama 'Pintu No.9 Masjid Nabawi' pada tahun 2017. 

Turut hadir memeriahkan forum anjuran Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM)  itu ialah Fahrin Ahmad, Sharifah Rose, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Yusof Haslam dan Hariz Hamdan. - Getaran, 18 November 2022 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Usah Bimbang Kenyataan Hadi, Gerakan Tumbang Kerajaan Sukar Berlaku Kerana… - Pakar

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

14 Babak Harum Malam ‘Dicacatkan’, Yusof Haslam Minta LPF Buka Minda

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ira Kazar Mengandung? Saya Tak Mahu Ambil Tahu - Yusof Haslam

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Elly Mazlein Akur Rezekinya Bukan Dalam Bidang Nyanyian, Sebaliknya Pengacaraan Dan Lakonan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara