web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Muna mula menjinakkan diri dalam sukan permainan video sejak tiga tahun lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 12:00PM

Kerjaya Muna sebagai streamer juga turut menjadi tumpuan apabila dilantik menjadi duta sebuah pasukan gamers daripada Brunei yang dikenali sebagai, CRIT Esports. - Gambar Muna Shahirah

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Muna Shahirah puas apabila pekerjaan sebagai gamers yang dilakukan secara ‘main-main’ pada asalnya kini boleh menjana pendapatan lumayan sehingga ratus ribu ringgit dalam tempoh sebulan.

Muna mula menjinakkan diri dalam sukan permainan video sejak tiga tahun lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, tuah memihak kepadanya apabila video streaming yang dikongsikan penyanyi itu berjaya meraih tontonan tinggi sehingga dilamar syarikat Facebook sebagai streamer.

Bukan itu sahaja, kerjayanya sebagai streamer juga turut menjadi tumpuan apabila dilantik menjadi duta sebuah pasukan gamers daripada Brunei yang dikenali sebagai, CRIT Esports.

“Kalau ada sesiapa mahu serius menjadi gamers, pesan saya mereka kena tahu cara yang betul. Dapatkan kontrak daripada mana-mana syarikat kerana ia lebih mudah dan menjamin. 

“Saya mempunyai kontrak secara tahunan bersama-sama  Facebook. Mereka akan berikan gaji siap slip gaji dan EPF untuk simpanan masa depan. 

“Sekarang saya juga merupakan duta untuk CRIT Esports dan sedang dalam perancangan untuk masuk pertandingan. Kerjaya gamers saya boleh katakan ia lumayan. 

“Selalunya saya peroleh lima angka sebulan namun pernah juga saya cecah sehingga enam angka,” dedahkanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis berbuka puasa anjuran FMC Music. 

Bukan itu sahaja, siapa sangka bermain permainan video ini juga telah menemukan jodoh pelantun lagu Cinta Hanya Buatan dengan seorang jejaka.

“Sekarang kami sedang dalam fasa mengenal hati budi. Dia seorang gamers juga jadi mudah untuk dia memahami pekerjaan saya. Insya Allah jika tiada aral melintang, kami merancang ke fasa perkahwinan tahun ini,” tambahnya.

Tidak melupakan kerjaya nyanyian, Muna bertekad ingin membahagikan masanya bekerja sebagai seorang gamers dengan identitinya sebagai seorang penyanyi.

“Saya sedang cuba untuk menyeimbangkan antara permainan video dan kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Sekarang saya saya habiskan dua minggu untuk bermain permainan video dan dua minggu lagu untuk rehat serta melakukan kerja-kerja promosi nyanyian,” jelasnya. - Getaran, 11 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara