web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

Ketika berkongsi mengenai penyakit barah otak yang dihidapi ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon, Liyana berkata penyakit yang dihadapi ibunya itu lambat dikesan punca ibunya meninggal dunia.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 8:00PM

Liyana Jasmay berucap ketika sidang media siri baharu, ‘Alter-Naratif’ terbitan Viu Malaysia di ibu kota baru-baru ini. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, penyanyi dan pengarah Liyana Jasmay mengakui dirinya masih sedih atas kehilangan kedua-dua insan tersayang hanya dalam masa 17 bulan susulan kanser.

Bagaimanapun, menurut Liyana dia reda dan percaya ibu bapanya kini berada di tempat yang lebih baik.

“Saya baru sahaja kehilangan arwah mama pada 12 Mei lalu iaitu 17 bulan selepas arwah bapa meninggalkan saya pada tahun 2021.

“Namun, saya reda sebab saya tahu mereka berada di tempat yang lebih baik sekarang, lebih tenang dan mereka tidak lagi dalam kesakitan,” katanya kepada Getaran.

Liyana berkata demikian ketika sidang media siri baharu, ‘Alter-Naratif’ terbitan Viu Malaysia di ibu kota baru-baru ini. 

Pemilik nama sebenar Liyana Jasmay ini turut berkongsi rasa syukur apabila dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri buat kali terakhir tahun ini bersama arwah ibunya walaupun cuma seketika.

Liyana Jasmay - Gambar PR
Liyana Jasmay - Gambar PR

“Memang sedih bila saya terfikir tahun ini merupakan raya terakhir bersama mama. Namun saya bersyukur dapat meraikannya bersama-sama.

“Saya pakaikan dia baju raya dan kami bergambar walaupun ketika itu mama sudah tidak boleh lagi bercakap. Jadi momen-momen menyeronokkan bersama ibu akan membuatkan saya kembali tersenyum. Memori itu menjadi kenangan saya hingga hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi berkenaan penyakit barah otak yang dihidapi ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon, Liyana berkata penyakit itu lambat dikesan menjadi punca arwah meninggal dunia.

Jelas pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu, penyakit itu hanya diketahui selepas kanser tersebut berada di tahap terakhir.

“Arwah ibu saya sebenarnya mengalami masalah penglihatan sejak tiga tahun lalu. Jadi saya ajak dia tinggal bersama-sama memandangkan rumahnya terlalu besar, susah untuk turun naik tangga.

“Namun, sebelum mama menjalani pembedahan mata, kami sempat pergi bercuti. Selepas pembedahan, tiba-tiba mama mula jalan senget dan perkara itu telah dikesan oleh suami saya. Hasil pemeriksaan yang dilakukan akhirnya mendapati mama menghidap barah otak,” katanya sebak.

Dalam pada itu, Liyana mengakui situasi itu menjadikan dia takut dan kini lebih mengambil tahu tentang status kesihatannya memandangkan kedua-dua orang tuanya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser.

Selain menjalani pemeriksaan secara berkala, dia kini lebih menitikberatkan soal kesihatan dengan menjaga pemakanan dan mengelak untuk mengambil makanan proses dan berlemak.

“Sejujurnya, saya takut apabila ibu bapa meninggal akibat kanser dan perkara yang menimpa mereka menjadi pengajaran untuk saya menjaga kesihatan.

“Arwah bapa meninggal disebabkan kanser paru-paru, manakala arwah mama pula disebabkan barah otak. Jadi, genetik saya memang berisiko untuk menghidap kanser,” tambahnya.

Untuk rekod, bapa pelakon Liyana, Datuk Jasmay Md. Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat kanser paru-paru pada 17 Disember 2021.

Manakala ibunya pula disahkan menghadapi barah otak pada usia 66 tahun dan meninggal dunia selepas dua bulan. – Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

4

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN