web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Jika Orang Lebih Kenal Saya Sebagai Pengacara Berbanding Pelakon, Saya Tidak Kisah - Amyra Rosli

Amyra menganggap perkara itu sebagai satu kelebihan kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan mengendalikan program besar selain mula selesa menjadi hos.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 4:11PM

Amyra Rosli menganggap perkara itu sebagai satu kelebihan kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan mengendalikan program besar selain mula selesa menjadi hos - Gambar Instagram Amyra Rosli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Amyra Rosli akur sekiranya orang ramai lebih mengenalinya sebagai pengacara memandangkan kerjaya pengacaraan ketika ini dilihat semakin rancak.

Sebaliknya kata Amyra, dia menganggap perkara itu sebagai satu kelebihan kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan mengendalikan program besar selain mula selesa menjadi hos.

“Jika orang lebih kenal saya sebagai pengacara berbanding pelakon, saya tidak kisah atau berasa risau dan sedih.

“Ia sebenarnya kelebihan buat diri saya kerana itu memang diri saya dan bukan mudah mendapat kepercayaan untuk menjadi pengacara.

“Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan persediaan rapi kerana ia bukan kerja mudah. Ia lebih kepada bersikap spontan dan usaha,” katanya kepada Getaran.

Menurut Amyra tau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 32 yang sekali lagi dinobatkan sebagai Hos TV/Penyampai Berita dan Hal Ehwal Semasa Paling Dipercayai pada Anugerah Malaysia Reader's Digest 2023, baru-baru ini, tidak bermaksud dia akan melupakan bidang lakonan.

Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini, pengacaraan dan lakonan akan berjalan seiring dan dia tidak kisah sekiranya perlu melebihkan salah satu bidang kerana menurutnya, lakonan dan pengacaraan masih di bawah ‘bumbung’ yang sama.

“Setakat ini lakonan tetap akan jadi yang pertama, tetapi kalau tawaran pengacaraan itu lebih banyak selepas ini kenapa tidakkan?

“Kita pun tahu ramai pelapis pelakon baharu yang semakin melonjak. Jadi, saya pun tak tahu watak apa yang bersesuaian dengan saya selepas ini. Jadi, kena pilih juga.

“Namun, saya tak menolak rezeki kalau kata sampai tua lakonan itu lebih banyak ataupun mengacara lebih banyak. Pada saya ia tak jadi masalah sebab masih dalam bidang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amyra meluahkan rasa bersyukur apabila dinobatkan sebagai Hos TV/Penyampai Berita dan Hal Ehwal Semasa Paling Dipercayai selepas hampir dua tahun mengemudi program Nona.

Tambah Amyra, meskipun dirinya masih baharu dalam bidang pengacaraan ini, dia bersyukur dirinya diberi kebebasan dan kepercayaan sepenuhnya sebagai hos rancangan tersebut. 

I’m a newbie dalam dunia pengacaraan ini. Dan saya rasa banyak lagi yang saya perlu belajar dan memperbaiki lagi dan sebenarnya saya sangat bertuah bila dapat duduk dalam rancangan Nona ketika ini.

“Kita yang nak menempuh cabaran itu, jadi kalau dah ada rezeki dan peluang di depan mata terus ambil,” ujarnya.

Selain itu, Amyra turut menganggap sokongan, doa serta kata-kata semangat yang diberikan peminat menjadi sumber kekuatannya untuk melangkah lebih jauh.

Sebelum ini, Amyra berjaya dinobatkan sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai menerusi rancangan Nona TV3 pada malam Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest dua tahun berturut-turut. – Getaran, 19 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN