web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarat Mengandung, Izara Sahkan Cahaya Mata Kedua Dijangka Lahir Bulan Depan 

Menerusi hantaran di Facebook, Izara berkongsi gambar terkini yang memperlihatkan dia sedang sarat mengandung

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 3:36PM

Izara Aisyah mengenakan busana mengandung muslimah ketika menghadiri sebuah acara semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Izara Aishah mengesahkan bakal menimang cahaya mata kedua, yang dijangka lahir bulan depan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, menantu kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin itu memuat naik foto terkini, memaparkan keadaan dirinya yang sarat mengandung.

Kesemua foto berkenaan dirakam sewaktu dia menghadiri sebuah acara, semalam.

“Mari saya beritahu. Tarikhnya bulan depan,” kata pemilik nama sebenar Nik Izara Aishah Nik Izazurin itu dengan ringkas.

Bergambar di sisi kereta mewah Roll Royce, aktres jelita itu pantas dihujani ucapan tahniah daripada peminat, yang mendoakan agar urusan kelahiran bayi berkenaan dipermudahkan.

“Yeahh kan betul sebab seri Izara lain macam, cantik sangat. Semoga dipermudahkan segala urusan buat Izara,” kata seorang peminat.

“Tahniah Izara, semoga semua baik-baik dan selamat. Take good care!” ucap seorang lagi peminat di ruangan komen.

Izara menamatkan zaman bujangnya pada 17 November 2017 bersama anak tiri Siti Nurhaliza, Adib Khalid.

Pasangan sama cantik sama padan itu menimang cahaya mata pertama pada 15 April 2020, yang diberi nama Irisa Alaia. - Getaran, 6 September 2023

Sumber Foto: Facebook Izara Aisyah

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bekas Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Umum Sedang Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan Sudah 10 Minggu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ira Kazar Mengandung? Saya Tak Mahu Ambil Tahu - Yusof Haslam

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Hamil Anak Pertama, Yaya Zahir Kongsi Detik Beritahu Suami Dan Insan Tersayang

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Mengandung, Cuma Terlebih Makan’- Sharifah Sakinah 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara