web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


McGregor Berpelukan Dengan Khabib, Drama Apakah Ini?

Rupa-rupanya, ia adalah ilustrasi artificial Intelligence (AI) yang dihasilkan seorang peminat Sukan MMA

Selebriti Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 9:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, tular foto memaparkan dua atlet seni bela diri campuran (MMA) terkemuka iaitu Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor saling berpelukan  dan mengejutkan peminat. Gambar tersebut menarik perhatian peminat dan timbul persoalan, apakah ‘drama’ yang sedang berlaku? 

Rupa-rupanya ia adalah ilustrasi artificial intelligence (AI) yang dihasilkan seorang peminat sukan MMA. Foto berkenaan bagaimanapun menerima kecaman ramai.

Akaun @combatalk di Instagram misalnya menyifatkan ia sebagai malapetaka buat arena sukan MMA.

“Ini adalah imej yang amat menjengkelkan,” kata admin instagram tersebut melalui hantaran di kapsyen.

Peminat sukan MMA, pasti mengetahui bahawa Khabib dan Conor McGregor merupakan musuh tradisi sejak sekian lama. 

Perseteruan mereka tidak pernah berakhir, walaupun Khabib berjaya menundukkan keangkuhan McGregor dalam perlawanan akhir mereka berdua pada 2018, sebelum beliau mengumumkan persaraan dari sukan berkenaan.

“Ini melampau, AI dah bertindak melampau” komen seorang pengikut.

Ada juga peminat mengatakan bahawa Khabib sudah mencapai matlamat mengalahkan musuh ketat manakala Conor masih taksub menebus kekalahan.

“Khabib sudah pun mengatasinya. Conor pula masih taksub dengan perlawanan semula yang pasti tidak akan berlaku,” ujar salah seorang lagi peminat.

Dalam perlawanan penuh epik itu, Conor tewas di tangan Khabib dan ia dianggap sebagai amat memalukan, memandangkan beliau pada sidang media sebelumnya dilihat begitu angkuh, malah memberikan ucapan yang dipenuhi bahasa kesat dan berunsur perkauman. - Getaran, 4 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 4 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 5 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara