web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Royal Mail Lancar Koleksi Setem Sempena Ulang Tahun Ke-30 Spice Girls

Anggota Spice Girls anggap edisi khas yang dikeluarkan oleh Royal Mail adalah satu penghormatan buat kumpulan berkenaan

Selebriti Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 12:19PM

gambar Instagram spicegirls

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Royal Mail iaitu syarikat perkhidmatan pos British, semalam melancarkan koleksi khas setem bagi menyambut ulang tahun ke-30 penubuhan kumpulan terkenal dari negara berkenaan, iaitu Spice Girls.

Setem edisi khas itu bertujuan menghargai sumbangan kumpulan pop ikon itu, yang berjaya mendominasi carta lagu dan mewarnai dunia hiburan tempatan serta antarabangsa pada era 1990-an menerusi pelbagai lagu hit mereka.

Memetik laporan laman web The Independant, ini adalah koleksi pertama oleh Royal Mail bagi sebuah kumpulan muzik yang kesemua anggota adalah wanita. Sebelum ini, penghargaan yang sama diberikan kepada The Rolling Stones, Sir Paul McCartney dan Dame Shirley Bassey.

Anggota Spice Girls ketika mengulas mengenai pelancaran edisi khas itu berkata: "Kami sangat terharu dengan perhargaan yang diberikan oleh Royal Mail, untuk bersama-sama dengan beberapa lagi legenda muzik yang ikonik dan berpengaruh".

Sementara itu, 10 setem edisi khas berkenaan antara lain memaparkan aksi anggota kumpulan itu ketika mengadakan persembahan pada Anugerah Brits 1997, termasuk imej Geri Horner memakai baju bermotifkan Union Jack (bendera United Kingdom) dan konsert sempena majlis penutup Sukan Olimpik London 2012.

Imej lain adalah potret setiap anggota Spice Girls yang diambil ketika mereka mengadakan persembahan ketika penggambaran filem Spice World pada 1997. 

Spice Girls yang dianggotai oleh Victoria Beckham, Geri Horner, Melanie Brown, Melanie Chislholm dan Emma Bunton ditubuhkan pada 1994, susulan iklan yang disiarkan di The Stage yang berbunyi 'Adakah anda berusia antara 18-23 dengan kemahiran menyanyi/menari'.

Dan dua tahun kemudian, kumpulan itu debut menerusi lagu single Wannabe yang berjaya mengungguli carta selama tujuh minggu dan melonjak namanya di persada muzik antarabangsa.

Kumpulan itu terus menguasai carta No 1 UK (United Kingdom) menerusi lapan lagi lagu antaranya Spice Up Your Life, Viva Forever dan 2 Become 1. - Getaran, 12 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 bulan yang lalu

Pos Malaysia Lancar Setem Kenang-Kenangan Sempena Raikan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Malaysia-China 

2

Budaya 1 tahun yang lalu

Pos Malaysia Lancar Setem NFT Pertama Untuk Pengumpul

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Solidariti Bersama Palestin, Makmur Gold Lancar Wafer Emas Edisi Khas

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

oleh Wartawan Hiburan Getaran